PUTRAJAYA – Penggemar aktiviti larian boleh mula membuat persiapan apabila Color The Night Run 2026 bakal berlangsung pada 28 November ini di IOI City Mall, Putrajaya, dengan menawarkan dua pilihan jarak iaitu 5KM dan 10KM.
Penganjuran kali ini turut diadakan sempena ulang tahun ke-10 Ice-Watch di Malaysia, sekali gus menjadikan acara berkenaan sebagai antara sambutan istimewa bagi jenama tersebut.

Menariknya, peserta boleh memilih jersey dalam pelbagai warna mengikut pilihan masing-masing, termasuk Dark Blue, Pink, White, Black, Light Blue, Green, Yellow, Orange dan Red.
Kepelbagaian warna jersey berkenaan turut menampilkan konsep larian yang lebih berwarna dan meriah, sesuai dengan identiti Color The Night Run 2026.
Finisher Medal Khas Untuk Peserta

Bukan sekadar jersey berwarna-warni, peserta yang menyertai kedua-dua kategori 5KM dan 10KM turut bakal menerima finisher medal khas Color The Night Run 2026.
Medal berkenaan menampilkan elemen yang berkaitan dengan ulang tahun ke-10 Ice-Watch, sekali gus menjadi cenderahati khas kepada peserta yang melengkapkan larian.
Yuran Bermula RM29.99

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai acara ini, yuran pendaftaran bermula serendah RM29.99 untuk kategori 5KM dan RM39.99 bagi kategori 10KM menerusi slot Super Early Bird.
Harga penyertaan bagaimanapun berubah mengikut fasa pendaftaran, dengan kadar bagi kategori Late mencecah RM70 untuk 5KM dan RM90 untuk 10KM.
Dengan dua pilihan jarak, pelbagai pilihan warna jersey serta finisher medal khas, Color The Night Run 2026 menawarkan peluang kepada peserta untuk menyertai acara larian yang turut membawa tema sambutan ulang tahun ke-10 Ice-Watch di Malaysia.





