Wednesday, October 7, 2026
HomeHIBURAN‘Selain Anak Adam, Ada Juga Makhluk Lain Di Muka Bumi Ini’

‘Selain Anak Adam, Ada Juga Makhluk Lain Di Muka Bumi Ini’

PETALING JAYA – Beri komitmen penuh terhadap filem aksi Orang Perang, pelakon Fauzi Nawawi mengakui masih terbayang-bayang momen dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah tekanan darah rendah di set penggambaran.

Fauzi atau Mohd. Fauzi Mohd. Nawawi, 53, berkata, situasi tersebut mencetuskan misteri memandangkan sebelum ke set di Hulu Bernam kesihatannya pada tahap terbaik ditambah sebelum itu berlaku insiden seorang kru produksi hilang selama sejam di hutan.

“Sebelum saya dimasukkan ke hospital, ada seorang ‘soundman’ didapati hilang lebih kurang sekitar satu jam di dalam hutan. Memang kecoh set.

“Malah apabila saya sampai di lokasi penggambaran, dia sudah pun dibawa masuk ke dalam ambulans dengan mukanya tampak kebiru-biruan.

“Orang jumpa dia dalam pondok yang dibina untuk babak perang. Jarak ‘soundman’ dengan kamera pun tidak jauh. Jadi perkara itu memang agak misteri,” katanya kepada Kosmo! Online, baru-baru ini.

Begitupun, katanya yang sudah tiga dekad bergelar anak seni, perkara sedemikian merupakan asam garam dalam dunia lakonan lebih-lebih lagi lokasi di tengah hutan.

“Bukan percaya perkara mistik, tetapi kita tahu selain anak Adam ada juga makhluk lain di muka bumi ini. Jadi di mana-mana tempat pun kita kena pandai bawa diri.

“Cuma mungkin ketika itu memang keadaan cuaca tidak menentu dengan hujan buatkan badan saya cepat diserang penyakit.

“Reda sahaja kena masuk hospital selama lima hari. Risaukan rakan lain yang perlu sempurnakan babak tanpa saya. Alhamdulillah, semua faham. Selepas sembuh terus saya masuk set semula,” ujarnya.

Mengenai filem aksi epik kisah zaman komunis itu, Fauzi yang membawakan watak ketua pasukan Polis Hutan, Syed Zainal ketika zaman komunis berdepan pelbagai cabaran merealisasikan karakternya.

Menurutnya, Syed Zainal merupakan individu sebenar yang bertanggungjawab mengepalai pasukan Senoi Praaq, sekali gus karakter penting dalam perjuangan tersebut.

“Walaupun saya tidak berkesempatan bertemu keluarga tokoh berkenaan bagi mendalami watak berkenaan, jasa Syed Zainal yang sangat besar mendorong saya mendalami perwatakkannya.

“Sikap serta personaliti Syed Zainal diceritakan pengarah dan penerbit filem ini. Watak itu memang wujud dan cabaran saya memastikan watak polis yang saya bawakan kali ini berbeza.

“Ini kerana secara kebetulan tahun ini saya banyak berlakon sebagai pegawai polis. Apa pun Orang Perang adalah naskhah yang membuatkan kita mensyukuri nikmat hidup harmoni,” katanya.

Selain Fauzi, filem arahan Hashim Rejab yang berada di pawagam sejak 1 Oktober lalu turut dibarisi Niezam Zaidi, Ammar Alfian, Syazwan Zulkifly, Azhan Rani, Vanidah Imran, Adam Corrie dan Kazar Saisi.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Larian Amal Selebriti ERATV 2027 Bakal Himpunkan 1,000 Peserta

0
KUALA LUMPUR - Larian Amal Selebriti ERATV (LASE) 2027 bakal menghimpunkan kira-kira 1,000 peserta termasuk selebriti tanah air dalam usaha mengumpul dana bagi Tabung...

CATEGORIES