Monday, November 23, 2026
HomeHIBURANDiana Danielle Titip Ucapan Selamat Hari Lahir Buat Kesayangannya

Diana Danielle Titip Ucapan Selamat Hari Lahir Buat Kesayangannya

KUALA LUMPUR – Meskipun hubungan cinta Diana Danielle, 36, dan kekasihnya yang dikenali sebagai Bern dilaporkan sudah berakhir baru-baru ini, kedua-duanya dilihat masih mengekalkan hubungan yang baik.

Meninjau di akaun Instagram (IG) masing-masing, Diana dan Bern masih memuat naik foto mereka bersama dan menariknya Diana turut menitipkan ucapan hari lahir ke-39 kepada lelaki berkenaan.

Diana Danielle wish birthday kekasihnya di ig – Foto IG

Pada hantaran terbaharu di IG, Diana tampil memuat naik beberapa foto berdua berserta ucapan istimewa yang meluahkan perasaan cinta dan kasih sayangnya terhadap Bern selama setahun mereka bersama.

“Selamat hari jadi sayangku. Saya cintakan awak, dan saya juga cintakan semua orang di sekelilingku yang turut sayang kepada awak.

“Maka di akaun ini, saya kongsikan gambar-gambar kita… dan, ini juga menandakan 1 tahun kita bersama. Nikmati 39!!! @bvaww,” tulisnya pada hantaran itu.

Terdahulu, Diana secara terbuka berkongsi kisah peribadi apabila mengesahkan Bern adalah lelaki yang sering menemaninya di acara-acara hiburan sebagai teman istimewa.

Difahamkan, hubungan Diana yang juga ibu tunggal dua anak itu dan Bern mula rapat selepas tamat tempoh idah perceraian kali kedua dengan bekas suami, Farid Kamil pada 23 Mac 2025.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

MCMC Gesa Pengguna Kemas Kini Telefon Untuk Terima Amaran Kecemasan

0
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menggesa orang ramai mengemas kini sistem operasi telefon mudah alih masing-masing bagi memastikan peranti mereka...

CATEGORIES