Thursday, September 24, 2026
HomeHIBURANTakut Radio Tak Putar Punca Artist Muda Tak Rakam Lagu Traditional

Takut Radio Tak Putar Punca Artist Muda Tak Rakam Lagu Traditional

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berpandangan penyanyi muda masih takut menghasilkan lagu berunsurkan tradisional kerana bimbang karya mereka sukar mendapat tempat di corong radio.

Siti Nurhaliza, 47, berkata persepsi itu perlu dielak dengan lebih banyak ruang diberi kepada artis muda mengetengahkan karya irama tradisional dan muzik Malaysia.

“Sebenarnya tidak dilupakan, cuma kalau pihak-pihak tertentu beri peluang, mesti meriah. Kadang-kadang mereka takut untuk rakam (lagu tradisional) sebab tidak mahu risiko radio tidak memainkan lagu itu.

“Mereka fikir, kalau rakam lagu irama Malaysia tetapi tidak dimainkan, rugilah apa yang mereka buat. Jadi, baik keluarkan lagu pop,” katanya

Justeru, Siti berharap stesen radio dan televisyen (TV) membuka lebih banyak peluang kepada artis muda supaya mereka lebih berani menghasilkan karya tradisional.

Tambah Siti, sebagai penyanyi yang pernah menghasilkan album berteraskan genre berkenaan, beliau mahu terus memberikan semangat dan sokongan kepada generasi baharu untuk meneroka muzik tradisional.

“Tolong bukakan ruang. Mudah-mudahan selepas ini lebih ramai yang berani buat konsert tradisional atau cipta lagu irama Malaysia. Selain itu, stesen TV dan radio buka peluang kepada mereka,” katanya.

Siti mengakui melihat perkembangan positif apabila elemen tradisional semakin diminati selepas mengumumkan Konsert Gema Bumantara, di mana banyak acara menggunakan konsep sama.

Siti juga melihat orang ramai mula mengenakan pakaian tradisional seperti songket, kebaya dan batik dalam pelbagai acara, selain kemunculan artis baharu yang menghasilkan lagu berteraskan irama Malaysia.

Siti berpendapat perkembangan itu menunjukkan muzik tradisional masih mempunyai ruang untuk berkembang sekiranya diberi peluang sewajarnya.

Dalam pada itu, Siti berkata persiapan Konsert Gema Bumantara kini mencapai kira-kira 70 peratus selepas latihan insentif dibuat kira-kira sebulan lalu.

Latihan membabitkan aspek stamina dan koreografi bersama dua kumpulan penari, selain kerjasama dengan artis Istana Budaya (IB) bagi mengiringi persembahannya.

“Saya cuba masukkan banyak benda dalam elemen tradisional itu. Kita hendak buat semua dalam satu lagu. Kalau umur saya 20 tahun, tidak apa, tetapi saya sudah berumur 47 tahun.

“Namun, saya menikmatinya kerana saya suka. Alhamdulillah, Allah beri saya lagi kudrat untuk buat perkara ini,” katanya.

Siti berkata, kira-kira 30 peratus persiapan membabitkan pakaian dan latihan bersama artis jemputan akan dilakukan kira-kira seminggu sebelum konsert.

Menurutnya, aspek kesihatan turut menjadi perkara utama yang diberi perhatian menjelang persembahan itu, termasuk memastikan pergerakan di pentas dilakukan dengan berhati-hati.

Konsert Gema Bumantara Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 17 Oktober depan.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Kalau Tak Suka Saya Takpa, Banyak Lagi Ikan Di Laut’

0
KUALA LUMPUR – Meski dikatakan sudah lali dengan kecaman, penyanyi Nabila Razali mengakui kurang senang menerima komen netizen yang menyentuh sensitiviti keluarganya. Menurut Nabila, 34,...

CATEGORIES