Wednesday, September 9, 2026
HomeBERITASeparuh Pekerja Gaji Bawah RM3,500 Keluar Dari Skim Lindung 24 Jam

Separuh Pekerja Gaji Bawah RM3,500 Keluar Dari Skim Lindung 24 Jam

KUALA LUMPUR – Hampir separuh daripada pekerja yang memilih untuk tidak menyertai Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (Lindung 24 Jam) merupakan mereka bergaji bawah RM3,500 sebulan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, perkembangan tersebut menimbulkan kebimbangan kerana golongan berpendapatan rendah antara kumpulan yang paling memerlukan perlindungan keselamatan sosial.

Beliau berkata, 12.4 peratus pekerja memilih untuk tidak meneruskan Lindung 24 Jam selepas diberikan tempoh memilih sehingga 31 Ogos lalu.

“Daripada jumlah yang telah saya nyatakan sebentar tadi, yang tidak lagi teruskan sebanyak 12.4 peratus, hampir 50 peratus daripada mereka bergaji bawah RM3,500, sebagai golongan terbesar yang tidak menyertai.

“Jadi, ada sedikit kerisauan daripada kami di Perkeso terhadap perlindungan mereka kerana golongan-golongan ini adalah antara golongan B40,” katanya dalam sidang akhbar mengenai Lindung 24 Jam di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohammed Azman mendedahkan lebih 96 peratus golongan B40 tidak mempunyai sebarang perlindungan insurans.

Sehubungan itu, katanya, Perkeso akan terus memberi kesedaran kepada pekerja terbabit supaya mempertimbangkan semula keputusan untuk menyertai semula Lindung 24 Jam.

“Kita mahu, kalau boleh, semua orang dilindungi. Itulah tujuan kami,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan bahagian terbesar pekerja yang memilih untuk tidak menyertai Lindung 24 Jam, iaitu sebanyak 53 peratus.

Menurut Mohammed Azman, Johor pula menyumbang 11 peratus, Pulau Pinang sembilan peratus manakala 27 peratus lagi membabitkan negeri-negeri lain.

Beliau berkata, terdapat kemungkinan pekerja di kawasan ekonomi utama menganggap perlindungan insurans persendirian yang dimiliki sudah memadai.

“Saya tidak mahu membuat spekulasi, tetapi mungkin gaji mereka lebih tinggi, mereka mampu membeli insurans dan mereka membandingkan bahawa, ‘Saya ada insurans, jadi saya tidak perlukan perlindungan sosial.’ Itu adalah salah,” katanya.

Mohammed Azman menegaskan, pemilikan insurans tidak bermaksud seseorang pekerja mempunyai perlindungan keselamatan sosial sepenuhnya.

“Jangan ingat apabila anda mempunyai insurans, anda mempunyai full coverage (perlindungan sepenuhnya) dan insurans itu bersamaan dengan perlindungan sosial.

“Not at all. Social protection is not insurance coverage. (Bukan semua. Perlindungan sosial bukanlah perlindungan insurans). Must be clear (kena faham itu),” katanya.

Beliau berkata, kawasan seperti Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor merupakan kawasan yang mempunyai aktiviti ekonomi tinggi dan kejadian tidak diingini boleh berlaku pada bila-bila masa termasuk di luar waktu bekerja.

Dalam perkembangan sama, Mohammed Azman berkata, kira-kira 9,000 hingga 10,000 pekerja yang sebelum ini memilih untuk keluar telah kembali menyertai skim tersebut dalam tempoh sembilan hari.

Katanya, perkembangan itu dianggap positif dan Perkeso berharap jumlah tersebut akan terus meningkat dari semasa ke semasa.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Kalau Filem Ada Wajib Tayang, Lagu Tradisional Perlu Ada Wajib Siar’...

0
PETALING JAYA – Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencadangkan undang-undang wajib siar lagu-lagu tradisional dalam radio diwujudkan. Menurut Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza...

CATEGORIES