Friday, September 4, 2026
HomeHIBURANAniq Nekad Ubah Fizikal Demi Karakter Lebih Mencabar

Aniq Nekad Ubah Fizikal Demi Karakter Lebih Mencabar

KUALA LUMPUR – Mahu keluar daripada imej lamanya, pelakon Aniq Suhair nekad transformasi fizikal dengan menaikkan berat badan sebanyak 15 kilogram, daripada 62 kg kepada 77kg.

Aniq, 26, berkata perubahan itu bukan sekadar untuk kepuasan diri, sebaliknya sebagai persediaan membolehkan dia membawakan karakter lebih pelbagai dan mencabar.

“Saya naik berat badan daripada 62kg kepada 77kg. Saya buat kerana kepuasan diri sendiri selain untuk keperluan lakonan.

“Selama ini, penampilan saya lebih kurang sama setiap kali berlakon. Jadi, saya mahu mengubah penampilan dan kondisi badan supaya dapat tampil berbeza untuk pelbagai karakter.

“Saya juga rasa lebih yakin dengan penampilan sekarang,” katanya ketika ditemui pada sesi fotografi bagi mempromosikan filem terbaharu lakonannya, Bisikan Nafsu, di Studio NSTP Balai Berita, di sini. baru-baru ini.

Mengakui pernah berada pada tahap terlalu kurus, Aniq berkata keadaan fizikal ketika itu membuatkan dia sendiri kurang yakin untuk menggalas karakter tertentu, termasuk watak utama.

“Saya rasa dulu saya terlalu kurus. Ketika itu saya menerima banyak tawaran sebagai watak utama, tetapi apabila melihat semula lakonan di televisyen, saya rasa kondisi badan ketika itu kurang sesuai dengan karakter yang dibawakan.

“Penonton pula menerima lakonan saya secara positif. Cuma saya sendiri yang merasakan fizikal ketika itu kurang sesuai untuk menggalas watak utama.

“Sejak dulu saya memang cuba menaikkan berat badan, tetapi agak sukar kerana faktor genetik dan metabolisme yang tinggi,” katanya.

Mengulas kelangsungan kerjaya dalam industri seni, finalis Hero Remaja 2019/2020 itu mengakui bukan mudah untuk mengekalkan nama dalam bidang berkenaan berikutan kemunculan semakin ramai pelakon baharu.

Katanya, setiap pendatang baharu hadir dengan bakat dan kelebihan tersendiri, sekali gus menjadikan persaingan dalam industri semakin sengit.

“Sebenarnya memang sangat susah untuk kekalkan nama dalam industri seni kerana setiap masa ada pendatang baharu dan persaingan semakin sengit.

“Ada yang lebih berbakat dan mempunyai sesuatu yang mungkin kita tidak ada. Jadi, saya akan cuba memberikan yang terbaik dalam setiap naskhah yang saya terlibat.

“Saya akan buat persediaan sebaik mungkin dan cuba memberikan sesuatu yang boleh menarik perhatian penonton menerusi setiap karakter yang dibawakan.

“Walaupun watak itu kecil, saya akan cuba menjadikannya tetap menonjol,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Aniq bakal menerajui filem Bisikan Nafsu bersama Azeva Natassha yang diarahkan Riza Baharudin.

Filem terbitan Hello Production Sdn Bhd itu dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 1 Oktober ini.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Calon PALAPES Aktif Dikecualikan Empat Ujian

0
ARAU: Calon Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) yang masih aktif tidak perlu menduduki ujian tertentu dalam proses pemilihan menyertai Angkatan Tetap melalui latihan Pegawai...

CATEGORIES