Wednesday, August 26, 2026
HomeHIBURAN‘Dengar Nasihat Senior, Jangan Jadi Hos Bodoh Sombong’ - Zizan Razak

‘Dengar Nasihat Senior, Jangan Jadi Hos Bodoh Sombong’ – Zizan Razak

KUALA LUMPUR – Selebriti versatil Zizan Razak meminta orang ramai tidak terus melemparkan sebarang kata-kata negatif kepada mana-mana pengacara baharu yang dianggap masih mencari rentak untuk mengemudi sesebuah rancangan.

Zizan , 42, berkata, orang ramai seharusnya memberi ruang dan peluang kepada pengacara tersebut yang masih dalam tempoh belajar terutama apabila perlu mengendalikan sebuah program terkenal.

“Kita tidak boleh terus hentam pengacara itu sebab semua orang pada awalnya muncul tanpa ilmu yang banyak atau ‘zero’.

“Berilah peluang, didik dan latihlah mereka. Namun mereka juga perlu belajar banyak benda dan nilai semula setiap kecaman dalam media sosial.

“Kemudian lihat semula persembahan sebelum itu, ambil maklum dan perbaiki kelemahan diri,” katanya.

Dia berkata demikian bagi mengulas isu melibatkan seorang pengacara baharu yang dikatakan tidak memberi energi setara dengan rakan hos ketika mengendalikan sebuah program nyanyian.

Ditemui pada sidang media program Borneo Rising, dia berkata, setiap pengacara baharu perlu mempunyai inisiatif dan berusaha sendiri sekiranya mahu hasil kerja diterima ramai.

“Kalau rasa masih baru dan budak mentah, belajar serta banyakkan bertanya. Jangan sesekali buat-buat pandai kononnya bagus dalam semua benda.

“Pengacara lama pun jangan kedekutlah ilmu, didik dan bantu ketengahkan lagi pengacara baharu,” katanya lagi.

Tambah Zizan, sifat cemburu terhadap rakan gandingan pengacara juga perlu dibuang bagi memastikan wujud keserasian dalam mengendalikan sesebuah rancangan.

“Paling penting jangan ada rasa dengki antara satu sama lain seperti mempunyai niat untuk tenggelamkan rakan pengacara semata-mata mahu menyerlah seorang diri.

“Setiap pengacara perlu cuba terbaik dan letakkan diri sedang bekerja.

“Niat utama adalah untuk menjayakan program yang dikendalikan, bukannya kena jayakan diri sendiri. Itu pentingkan diri dan kalau ada, satu kesilapan,” jelasnya.

Dalam pada itu, dia juga menasihat mana-mana pengacara khususnya generasi baharu tidak mengamalkan sikap bodoh sombong dengan berpura-pura mengetahui banyak hal dan enggan menerima nasihat daripada orang lain.

“Maksud bodoh, benda kita tak boleh belajar. Kemudian apa erti sombong? Perkara yang kita tidak mampu nak ajar sebab individu itu berlagak.

“Jadi, jangan jadi bodoh sombong, buang perkara tersebut sebab tiada sebab pun seorang pengacara untuk bersikap bodoh atau sombong.

“Kalau sudah sedar kedudukan, kurang ilmu, tidak bijak atau memang tiada semua benda, jadilah individu rendah diri dan dengar apa nasihat pengacara senior,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Zizan bakal mengemudi Borneo Rising yang merupakan program realiti nyanyian bersama Sherry Alhadad bermula 6 September depan.

Program yang mencungkil bakat khususnya di Sabah dan Sarawak itu turut menampilkan Noh Salleh, Marsha Milan dan Shila Amzah sebagai barisan juri tetap. – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Sulong Dah Sampai Mana Pagi Ni?’ – Netizen

0
PETALING JAYA – ‘Di mana Sulong pagi ni?’ Itu antara persoalan yang memenuhi media sosial apabila orang ramai terus mengikuti perkembangan seekor gajah jantan dikenali...

CATEGORIES