Tuesday, August 11, 2026
HomeHIBURAN‘Tak Permainkan Agama Pun, Purdah Bukan Macam Tudung’ - Amyza Aznan

‘Tak Permainkan Agama Pun, Purdah Bukan Macam Tudung’ – Amyza Aznan

PETALING JAYA – Pelakon Amyza Aznan memohon orang ramai tidak menjadikan penampilannya memakai niqab atau purdah di beberapa acara atau lokasi sebagai satu isu besar sehingga menjadi bahan kecaman kerana didakwa mempermainkan agama.

Menurut Amyza, 50, keputusannya untuk memakai purdah adalah atas pilihannya sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak.

“Memang memang akan ada kata-kata itu, tetapi jangan ambil seriuslah. Sebab pakai purdah adalah benda yang tidak wajib, kalau mahu, saya pakai — jika nak buka, tanggallah.

“Purdah bukan macam tudung yang menjadi kesalahan kalau sekejap pakai sekejap buka dan saya sendiri selesa berpurdah.

“Tidak mempermainkan agama pun, isu purdah ini benda yang tak perlu diperbesar oleh orang ramai,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Katanya, dia kini selesa dengan penampilan sebegitu setiap kali keluar ke tempat umum kerana berasakan lebih tenang berbanding sebelum ini.

“Sekarang ini boleh dikatakan 99 peratus setiap kali keluar, saya akan berpurdah.

“Setiap kali pakai purdah, rasa selamat, selesa, tenang dan rasa diri mahal sebagai seorang perempuan. Tidak tahu nak cakap macam mana tetapi sangat nikmat.

“Semuanya berlaku secara tiba-tiba. Macam mula-mula pakai untuk pergi kubur arwah anak, Andre Mikhail tetapi lama-kelamaan rasa selesa dan selamat, sukar nak gambarkan,” katanya lagi.

Bukan mahu mengelak dirinya dikenali khalayak, Amyza mendedahkan layanan yang diberikan orang ramai terhadap dirinya setiap kali muncul dengan imej berpurdah juga berbeza termasuk menjaga batas pergaulan dengannya.

Dia juga memberitahu busana yang dipakai juga selari dengan imej wanita berpurdah iaitu longgar dan menutup aurat.

“Rasa selamat itu susah nak digambarkan, nanti orang cakap macam poyo dan riak pula. Setiap kali berpurdah, secara automatik orang akan jaga jarak dan percakapan dengan saya.

“Banyak benda baik dan positif berlaku, harap benda ini janganlah dijadikan isu kalau kejap saya pakai, kejap buka.

“Saya tetap pakai baju dan seluar yang longgar. Tidak semestinya pakai niqab kena pakai jubah, asalkan tak ketat dan tidak mencolok mata,” ujarnya.

Terdahulu, dia beberapa kali dilihat tampil berpurdah apabila menziarah kubur Allahyarham Andre.

Penampilan tersebut mengundang perhatian ramai sehingga ada yang mendakwa dia kini sudah mengubah imej dengan tampil berpurdah sepenuhnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tidak Boleh Bersalin Secara Normal, Kedudukan Bayi Tidak Mengizinkan Untuk VBAC’

0
PETALING JAYA: Pelakon, Datin Intan Najuwa, mendedahkan hasratnya untuk melahirkan anak secara normal tidak kesampaian disebabkan kedudukan bayinya yang tidak mengizinkan. Intan atau Intan Najuwa...

CATEGORIES