Thursday, July 16, 2026
HomeSUKANPiala Dunia 2026: Kontroversi! Jurulatih Pasukan Nombor Dua Dunia Salahkan Pengadil Gagal...

Piala Dunia 2026: Kontroversi! Jurulatih Pasukan Nombor Dua Dunia Salahkan Pengadil Gagal Ke Final

Buat kali pertama dalam tiga edisi, Perancis tidak berjaya mara ke perlawanan akhir selepas tewas 0-2 di tangan juara Euro 2024, Sepanyol, awal pagi tadi.

Ia, sekali gus menyaksikan La Roja menamatkan penantian 16 tahun untuk melangkah ke final selepas kali terakhir pada edisi 2010.

Untuk rekod, ini merupakan separuh akhir ketiga juara 2018 itu terpaksa akur kepada Sepanyol. Perancis telah kalah dalam separuh akhir Euro 2024, separuh akhir Liga Negara-Negara Eropah (UNL) 2025 dan terbaru separuh akhir Piala Dunia 2026. Semuanya tewas kepada Sepanyol.

Ketua jurulatih, Didier Deschamps, mempersoal keputusan pengadil yang didakwa menjadi antara punca pasukannya tidak mampu menewaskan Sepanyol, selain kecewa tidak dapat meraih kejuaraan kali ini.

Pengendali Les Blues itu tidak berselindung sebaliknya meluahkan kekecewaan terhadap mutu pengadilan oleh pegawai bertugas, Ivan Barton, yang didakwa sering mengganggu permainan menerusi keputusan yang tidak wajar.

“Saya akan bertanya satu soalan, tetapi saya tidak akan menjawabnya.

“Adakah pengadil itu benar-benar berada pada tahap yang diperlukan untuk mengadili perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2026?.

“Dan saya bukan berkata demikian hanya kerana kami tewas hari ini.

“Terdapat beberapa situasi yang boleh dipersoalkan. Ada juga keputusan yang memihak kepada kami,” katanya.

Terdahulu, naib juara 2022 merupakan penyandang tempat pertama dalam kedudukan dunia, namun kekalahan ini meletakkan Perancis di ranking kedua Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Sumber – Stadium Astro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Pelan Strategik Dan Pelan Strategik Pendigitalan Kementerian Perpaduan Negara 2026-2030 Dilancar,...

0
KUALA LUMPUR, 15 Julai - Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah melancarkan dua pelan strategik iaitu Pelan Strategik KPN 2026-2030 dan Pelan Strategik Pendigitalan KPN...

CATEGORIES