Wednesday, July 15, 2026
HomeHIBURAN‘Mulut Orang Tak Boleh Tutup, Doakan Yang Terbaik Untuk Dia’

‘Mulut Orang Tak Boleh Tutup, Doakan Yang Terbaik Untuk Dia’

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pempengaruh, Imranul Effendy memilih untuk tidak mencampuri urusan peribadi rakan baiknya yang dianggap seperti kakak sendiri, Norreen Iman susulan isu perubahan imej mendadak wanita itu baru-baru ini.

Pada masa sama, Imranul, 27, menghormati segala keputusan Norreen selain mendoakan yang terbaik buatnya.

“Saya cuma nak cakap kakak saya, Noreen Iman adalah seorang individu yang sangat baik.

“Dia adalah individu yang membantu saya dalam perjalanan saya masuk industri ini daripada kosong kepada seseorang dikenali.

“Untuk saya nak kupas isu dia, saya rasa saya tak berhak sebab itu adalah soal peribadi dia dan saya sendiri hormati apa-apa keputusan dia.

“Saya rasa apa yang dia buat adalah terbaik untuk dia dan saya cuma nak doakan yang terbaik buat dia dan keluarga, itu saja,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis pelancaran drama vertikal BRU: Masin & Manis, semalam.

Ditanya sama ada Norreen ada berkongsi atau meluah perasaan kepadanya, pelakon filem Nar’sata: Sekufu Setan itu memilih untuk merahsiakan daripada pengetahuan umum.

“Kongsi itu biarlah saya dengan dia (tahu),” katanya.

Selain itu, Imranul mendedahkan dia tidak terkesan dengan segala kritikan yang dilemparkan netizen terhadap Norreen kerana lebih mengenali wanita itu.

“Tak (terkesan) sebab saya kenal kakak saya sendiri jadi saya tak terkesan pun apa yang orang cakap.

“Biarlah orang nak cakap apa. Bukan mereka kena pun kakak saya.

“Saya okey saja. Mulut orang kita tak boleh nak tutup ya,” jelasnya.

Sebelum ini, Norreen mengundang perhatian ramai apabila tampil tidak bertudung dalam satu hantaran Instagram

Dalam foto tersebut, Norreen muncul dengan imej berambut pendek dan turut diwarnakan perang.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Minyak Malaysia Lebih Murah Daripada Arab Saudi, Qatar – PM

0
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan harga petrol di Malaysia ketika ini masih lebih rendah berbanding negara pengeluar minyak utama...

CATEGORIES