Saturday, July 11, 2026
HomeHIBURAN'Tiada Istilah Gostan!' - Faizal Tahir Muktamad Tinggalkan Pentas AJL

‘Tiada Istilah Gostan!’ – Faizal Tahir Muktamad Tinggalkan Pentas AJL

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer, Faizal Tahir menegaskan keputusannya untuk tidak lagi bersaing di pentas berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL)  sebagai penyanyi adalah muktamad dan tidak akan berubah.

Faizal atau Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 47, berkata, pengiktirafan sebagai Ikon Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-40 yang diterimanya baru-baru ini mengukuhkan lagi pendirian yang telah dibuat selepas pertimbangan rapi.

“Pasti muktamad, tiada ‘gostan’ (patah balik),” katanya ringkas ketika mengesahkan pendiriannya untuk tidak lagi membuat kemunculan sebagai peserta di pentas berprestij itu.

Bagaimanapun, penyanyi Sampai Syurga itu tidak menghalang sekiranya karya ciptaannya layak ke pentas akhir AJL, dengan syarat ia dipersembahkan oleh penyanyi lain.

Menurutnya, perkara itu bergantung sepenuhnya kepada pertimbangan pihak produksi dan penganjur dalam menentukan bentuk persembahan bagi lagu yang bertanding.

“Saya tidak ada masalah jika perkara itu (penyanyi pengganti) dipersetujui oleh pihak penganjur. Sebenarnya saya tidak mempunyai kuasa dalam hal tersebut.

“Jika pihak produksi AJL bersetuju dengan idea itu, saya okey sahaja,” ujarnya ketika ditemui semasa sesi sidang media Anugerah Juara Lagu ke-40, di sini, baru-baru ini.

Mengulas polemik yang pernah tercetus berhubung penyanyi asal tidak membawakan sendiri lagu di pentas AJL, Faizal mengakui perkara itu merupakan lumrah dalam industri hiburan.

Bagaimanapun, dia lebih selesa menghormati keputusan pihak produksi yang disifatkannya lebih arif dalam memastikan kualiti keseluruhan persembahan.

“Saya faham pernah timbul isu sebelum ini apabila ada pihak yang kurang senang penyanyi asal tidak membawakan sendiri lagu mereka. Ada yang menganggap perkara itu seolah-olah tidak menghormati penyanyi asal.

“Tetapi bagi saya, itu adalah pendapat masing-masing. Pihak produksi lebih tahu apa yang terbaik untuk AJL. Jadi, saya memang tidak ada masalah,” katanya.

Terdahulu, Faizal Tahir bersama Hael Husaini dipilih menerima Anugerah Ikon AJL Ke-40 sebagai penghargaan terhadap sumbangan besar mereka sebagai penyanyi, komposer, penulis lirik, penerbit dan mentor yang banyak mencorakkan landskap industri muzik tempatan.

Sumber – UTUSAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Yang Jahat Bukan Kami Tapi Watak, Marahlah Watak

0
BARU sahaja beberapa episod bersiaran, Ikatan Terlarang mendapat sambutan luar biasa pencinta drama tempatan. Kali ini, Hisyam Hamid sekali lagi mencabar dirinya dengan membawakan watak...

CATEGORIES