Thursday, July 9, 2026
HomeHIBURAN‘Ramai Artis Lepas Cerai Tudung Terbang, Aurat Entah Ke Mana’ - Isa...

‘Ramai Artis Lepas Cerai Tudung Terbang, Aurat Entah Ke Mana’ – Isa Khan

PETALING JAYA – Pelakon Isa Khan meluahkan rasa hairan melihat segelintir artis wanita seolah-olah berubah penampilan selepas berpisah dengan pasangan sehingga meninggalkan pemakaian tudung.

Ujar Isa atau nama sebenarnya Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan, 32, setiap amalan termasuk berhijab seharusnya dilakukan kerana Allah dan bukan semata-mata untuk memenuhi kehendak manusia.

“Ramai artis wanita di Malaysia, lepas bercerai sahaja tudung pun terbang dan aurat entah ke mana.

“Maksudnya selama ini pakai tudung sebab suami suruh sahaja ke?,” katanya dalam Threads.

Tambah pelakon drama Inai Yang Hilang itu, sesuatu ibadah akan lebih mudah dipertahankan sekiranya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah.

“Sebab itu apabila kita hendak melakukan sesuatu ibadah, biarlah kerana Allah SWT.

“Kalau buat kerana manusia, memang tidak akan kekal,” ujarnya.

Perkongsiannya mengundang pelbagai reaksi netizen apabila rata-rata bersetuju bahawa setiap amalan perlu didasari niat yang betul, selain mengingatkan masyarakat agar tidak terlalu bergantung kepada manusia dalam urusan agama.

“Betul, istiqamah itu datang apabila niat kerana Allah.

“Semoga kita semua diberi kekuatan untuk terus menjaga aurat walau apa pun ujian.

“Pesanan ini bukan untuk artis sahaja, tetapi peringatan buat semua,” tulis beberapa netizen.

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir pengguna media sosial berpendapat Isa sepatutnya lebih memberi nasihat kepada ahli keluarganya sendiri sebelum mengulas mengenai kehidupan orang lain.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

VAR Cetus Kontroversi, Peminat Dakwa Piala Dunia ‘Diatur’ Untuk Selamatkan Argentina

0
ATLANTA: Kejayaan dramatik Argentina menewaskan Mesir 3-2 dalam aksi 16 terakhir Piala Dunia mencetuskan kontroversi apabila segelintir peminat mendakwa badan bola sepak dunia cuba...

CATEGORIES