Thursday, June 25, 2026
HomeHIBURANMalaysia Kini Negara Ke-12 Paling Aman Di Dunia – Saifuddin

Malaysia Kini Negara Ke-12 Paling Aman Di Dunia – Saifuddin

PETALING JAYA – Malaysia melonjak ke kedudukan ke-12 sebagai negara paling aman di dunia dalam Global Peace Index (GPI) 2026, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara negara paling selamat di Asia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pencapaian itu membuktikan komitmen berterusan Kerajaan Madani dalam memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan negara sentiasa menjadi keutamaan.

“Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara negara paling aman di dunia dalam Global Peace Index (GPI) 2026, sekali gus meletakkan negara kita sebaris dengan Singapura dan Jepun sebagai antara negara paling aman di Asia.

“Pencapaian ini juga adalah hasil komitmen seluruh pasukan keselamatan, agensi penguatkuasaan serta semua pihak yang tidak pernah berkompromi dalam memelihara keamanan dan ketenteraman negara,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Saifuddin berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan terus memperkukuh usaha meningkatkan keselamatan awam, memperkasakan penguatkuasaan undang-undang, memperkukuh kawalan sempadan negara serta membanteras jenayah bagi memastikan ketenteraman awam terus terpelihara.

“Keamanan bukan sekadar satu pencapaian, tetapi asas kepada kesejahteraan rakyat, keyakinan pelabur dan pertumbuhan ekonomi negara. Insya-Allah, usaha untuk mengekalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman, selamat dan stabil akan terus diperkasakan demi manfaat seluruh rakyat,” katanya.

Saifuddin turut merakamkan penghargaan kepada semua anggota pasukan keselamatan, agensi penguatkuasaan dan rakyat Malaysia yang bersama-sama memainkan peranan dalam mengekalkan keamanan negara.

Sebagai rekod, Malaysia berada di kedudukan ke-13 dalam GPI 2025, selepas meningkat empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.

Dalam laporan GPI 2024, Malaysia berada di kedudukan ke-10, manakala pada GPI 2023 negara berada di kedudukan ke-12 dunia.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Isteri Sangat Kritikal, Saya Kena Terima Kehilangan Dia – Muss

0
KUALA LUMPUR – Vokalis kumpulan Barbarik, Muss, berdepan detik sukar apabila isterinya, Suraya Bahari, 53, kini berada dalam keadaan kritikal susulan komplikasi penyakit kencing...

CATEGORIES