Wednesday, June 3, 2026
HomeHIBURANAmy Search Dakwa Pernah Kena Gangguan Mistik Hingga Benci Menyanyi

Amy Search Dakwa Pernah Kena Gangguan Mistik Hingga Benci Menyanyi

KUALA LUMPUR: Lebih lima dekad bergelar penyanyi, legenda rock, Datuk Amy Search mengakui pernah berdepan gangguan mistik yang didakwa menjejaskan prestasinya di pentas.

Amy yang bakal muncul dalam filem Lima Bomoh menerusi watak Bomoh Alami, berkata pengalaman itu menyebabkan dia mengalami ketakutan luar biasa sehingga timbul rasa benci untuk membuat persembahan.

Tambah Amy, ketakutan dialami berbeza daripada perasaan gemuruh biasa sebelum naik ke pentas sehingga memberi kesan terhadap persembahannya.

“Ini bukan ‘stage fright’ biasa. Rasa gemuruh sebelum naik pentas berbeza sebab kita teruja nak keluar, hendak pastikan kedudukan betul dan tiada masalah teknikal supaya persembahan tidak rosak.

“Tetapi ini adalah ketakutan yang membuatkan saya rasa macam tak nak pergi buat persembahan. Saya jadi takut dan tak tahu macam mana nak menyanyi.

“Saya hilang punca dari segi teknikal nyanyian dan alunan lirik.

“Beberapa tahun juga saya alami ketakutan itu. Hendak naik pentas atau pergi buat persembahan pun rasa takut, macam tak suka dan benci,” katanya ketika ditemui pada pertandingan Pickleball 5 Bomoh di sini, baru-baru ini.

Vokalis kumpulan Search itu berkata, dia mula menyedari mengalami gangguan apabila individu terdekat melihat perubahan sikap ditunjukkannya.

Ditanya bagaimana mengatasi masalah itu, Amy berkata dia mendapatkan rawatan Islam bagi memulihkan semangat serta membina semula keyakinan diri.

“Saya berjumpa ustaz untuk meminta doa dan sebagainya. Ia mengambil masa agak lama untuk pulih.

“Apabila perkara sebegini berlaku, untuk membina semula keyakinan diri bukan mudah dan memerlukan masa.

“Walaupun ada yang mungkin tak percaya, namun realitinya perkara sebegini memang wujud kerana kita tidak tahu hati manusia,” katanya.

Bagaimanapun, Amy bersyukur kerana berjaya mengharungi fasa sukar itu dan kembali aktif menghiburkan peminat pada usia 67 tahun.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tak Guna Terkenal Tapi Masuk Neraka’ – Ustaz Adnin Roslan

0
KEBELAKANGAN ini, penerbitan karya seni yang berteraskan elemen islamik dan kerohanian dilihat semakin sepi, bahkan dipinggirkan daripada radar industri. Menyedari ruang kosong tersebut, pengasas empayar...

CATEGORIES