Tuesday, May 19, 2026
HomeBERITAMalaysia Bekerjasama Rapat Dengan Beberapa Dunia Untuk Bebaskan Aktivis GSF 2.0

Malaysia Bekerjasama Rapat Dengan Beberapa Dunia Untuk Bebaskan Aktivis GSF 2.0

PETALING JAYA: Malaysia sedang bekerjasama rapat dengan pimpinan beberapa negara bagi memastikan semua aktivis Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF 2.0) yang ditahan rejim Zionis Israel termasuk 16 rakyat Malaysia, dibebaskan segera.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau turut menuntut agar kesemua aktivis terbabit tidak dizalimi, dihalang hak kemanusiaan atau dikenakan sebarang tindakan tidak berperikemanusiaan.

“Ini kerana mereka hanya kerana membawa suara keamanan dan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin.

“Saya sedang bekerjasama rapat dengan pimpinan negara-negara sahabat bagi memastikan semua aktivis ditahan dibebaskan segera,” katanya di Facebook beliau hari ini.

Beliau turut mendoakan agar segala usaha dipermudahkan.

Anwar malam tadi mengecam keras tindakan rejim Zionis menahan lebih 100 aktivis kemanusiaan dalam misi kemanusian ke Gaza, dengan menyifatkan tindakan itu sebagai kurang ajar, mencabuli hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa.

Katanya, rejim Zionis yang jahat itu juga memperlihatkan kerakusannya untuk terus menerus menindas rakyat Palestin khususnya di bumi Gaza.

“Malaysia lantas mengecam sekeras-kerasnya tindakan tersebut dan menuntut jaminan keselamatan serta pembebasan segera kesemua aktivis yang ditahan

“Dunia tidak boleh terus tunduk kepada kezaliman dan kebobrokan. Penindasan ke atas warga Palestin dan kepada mereka yang menggerak serta membawa bantuan kemanusiaan mesti dihentikan segera dan Israel mesti berdepan keadilan dan dipertanggungjawabkan,” katanya.

Sumber – UTUSAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Indonesia Waspada, Sahkan 3 Kes Hantavirus, 6 Disyaki

0
JAKARTA – Pihak berkuasa Jakarta meningkatkan kewaspadaan terhadap penularan wabak hantavirus selepas enam kes disyaki dikenal pasti selain tiga jangkitan yang disahkan, lapor akhbar...

CATEGORIES