Tuesday, May 12, 2026
HomeBERITAPenceramah Fathi Na’im Lepas, Bebas ‘Sentuh’ Remaja Perempuan 14 Tahun

Penceramah Fathi Na’im Lepas, Bebas ‘Sentuh’ Remaja Perempuan 14 Tahun

KUALA LUMPUR – Penceramah bebas, Fathi Na’im dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas satu pertuduhan merogol seorang remaja berusia 14 tahun di sebuah hotel lima tahun lalu.

Hakim Tasnim Abu Bakar memutuskan demikian terhadap Fathi Na’im atau nama sebenarnya Muhammad Fathi Na’im Mazlam, 34, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan prima facie di akhir pendakwaan kes itu.

“Setelah mendengar, meneliti dan mempertimbangkan keterangan daripada saksi-saksi pihak pendakwaan dan hujahan lisan dan bertulis pihak-pihak serta kes-kes autoriti yang dikemukakan termasuk keterangan saksi, mahkamah mendapati keterangan penjelasan saksi pendakwaan ketiga (mangsa) semasa prosiding Impeachment (mencabar kreadibiliti saksi) oleh pihak pembelaan tidak boleh dipercayai.

“Dengan itu, pihak pendakwaan telah gagal mewujudkan prima facie terhadap pertuduhan. Oleh demikian, tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan ini,” kata Hakim Tasnim.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun (semasa kejadian) di sebuah hotel di Jalan Imbi, Jalan Bukit Bintang di sini antara pukul 2 pagi hingga 10 pagi pada 3 Disember 2021.

Justeru pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 375(g) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen 376(1) kanun sama yang memperuntukkan hukuman pemenjaraan boleh smpai 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebatan.

Semasa prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Pervinah Mohd. Yusoff, manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Ashraff Mohd Diah.

Untuk info, mangsa dalam kes pertuduhan hari ini merupakan mangsa sama di Mahkamah Sesyen Klang.

Sebelum ini pada 18 September tahun lalu, Fathi Na’im telah dihukum penjara 15 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Klang atas tiga pertuduhan merogol dan amang seksual remaja mangsa sama.

Hakim Noridah Adam mengenakan hukuman itu selepas tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan yang mana prosiding perbicaraan dijalankan di Kuala Lumpur .

Bagaimanapun tertuduh berjaya dalam permohonannya untuk menangguhkan hukuman tersebut sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Meskipun empat pertuduhan telah diputuskan, Fathi Na’im masih berdepan lagi dengan enam pertuduhan seksual membabitkan mangsa yang sama.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tak Salah “Reject” Lelaki Gaji RM2K Kalau Perempuan RM8K’ – Zarina...

0
Pelakon, Zarina Anjoulie berpendapat bahawa perempuan berhak untuk menolak pasangan yang berpendapatan lebih rendah dari diri mereka. Menerusi perkongsian di Threads, Zarina atau lebih mesra...

CATEGORIES