Friday, May 8, 2026
HomeHIBURANAngkat Isu Trauma & Kehilangan, Good Boys Go To Heaven Papar Realiti...

Angkat Isu Trauma & Kehilangan, Good Boys Go To Heaven Papar Realiti Yang Berlaku Dalam Masyarakat

Drama siri terbaharu berjudul Good Boys Go To Heaven membawa genre thriller psikologi dengan jalan cerita penuh emosi, misteri dan trauma yang dijangka bakal membuatkan penonton ‘melekat’ depan skrin.

Siri arahan Ariff Zulkarnain itu bukan sahaja menyajikan elemen suspen, malah turut mengangkat isu trauma dan kehilangan kanak-kanak yang dekat dengan realiti masyarakat hari ini.

Menurut Penerbit Eksekutif merangkap Ketua Astro Shaw dan Naib Presiden Perniagaan Melayu Nusantara Astro, Raja Jastina Raja Arshad, siri tersebut merupakan usaha Astro Originals untuk tampil dengan penceritaan yang lebih berani dan relevan.

“Good Boys Go To Heaven merupakan usaha Astro Shaw untuk mengembangkan lagi kandungan Astro Originals dengan penceritaan yang lebih berani, relevan dengan skala produksi yang berkualiti tinggi.

“Projek ini turut mencerminkan keyakinan kami pada bakat tempatan. Astro Originals sentiasa memberi ruang kepada penulis penulis terbaik industri, dan kali ini kami amat teruja dapat menampilkan hasil karya penulis
filem pecah panggung seperti Sangkar, Nur Kasih, Cinta dan Sepi, iaitu Mira Mustaffa yang bertindak sebagai showrunner.

Dalam masa sama, beliau berharap karya itu dapat membuka mata masyarakat mengenai isu kehilangan kanak-kanak yang semakin membimbangkan.

“Manakala, kami kembalikan pengarah One Cent Thief, Ariff Zulkarnain untuk menerajui siri ini yang membawa tema trauma serta isu kehilangan kanak-kanak sebagai nadi utama
cerita. Menyedari isu kehilangan kanak-kanak yang semakin membimbangkan di negara kita, kami berharap naskhah ini dapat menjadi satu peringatan kepada semua agar kisah-kisah ini tidak hanya muncul seketika di dada berita sebelum terus dilupakan,” katanya.

GBTGH mengisahkan Yasser (Beto Kusyairy) seorang bapa yang melalui detik paling gelap dalam hidup apabila anak lelakinya, Ahyan dilaporkan hilang sebelum ditemui meninggal dunia dalam keadaan tragis.

Selain Beto, siri ini turut dibintangi Zahirah MacWilson, Amerul Affendi, Firdaus Karim, Amanda Ang dan ramai lagi.

Good Boys Go To Heaven sudah pun mula ditayangkan bermula hari ini dan akan menemui penonton setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Ria dan Astro Citra, selain boleh distrim lebih awal menerusi Astro GO serta aplikasi Sooka bermula 12 tengah malam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Pemandu Van Mengaku Tidak Bersalah Langgar Mati Murid Sekolah

0
BATU PAHAT – Seorang pemandu van mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang kanak-kanak dalam kemalangan...

CATEGORIES