SHAH ALAM – “Saya takkan bagi mama dengan Iqbal. Dia ‘attention seeker’”.
Demikian respons penyanyi juga pempengaruh media sosial, Cik B ketika disoal tentang kelakuan usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli yang dilihat cuba kembali mendekati dan mengatur imej ibunya, Datuk Seri Vida (DSV).
Menurut Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 21, dia geram dengan sikap Iqbal yang sengaja mahu mencari perhatian.
“Ish, geram saya! Dia cakap nak potong bulu mata mama saya? Suka hatilah mama saya nak pakai bulu mata 10 inci ke, 100 inci ke.
“Tak tahulah! Saya geramlah dengar nama dia. Saya dah serabut dengan lagu tadi (malam tadi). Lagi serabut dengar nama dia.
“Saya memang tak akan bagi mama saya dengan dia. Dia tu ‘attention seeker’ nombor satu. Dengan muka dia tu. Dia tu sebenarnya narsistik!,” katanya ketika ditemui di konsert minggu kedua TTMM, di sini, semalam.
Tambahnya lagi, jika benar Iqbal ikhlas mahukan ibunya, dia seharusnya menerima wanita itu seadanya.
“Kalau betul nak, tak payah komen pasal nak buang bulu mata. Sepatutnya kena terima seadanya. Dia komen macam tu sebab dia mahukan validasi daripada netizen,” ujarnya.
Iqbal sebelum mengeluarkan kenyataan mahu memotong bulu mata DSV dan mendakwa imej usahawan itu lebih menarik dan minimalis ketika bawah jagaannya.
Sumber – KOSMO! ONLINE





