Friday, April 17, 2026
HomeHIBURANAbiejam Tuntut Azar Azmi Bayar Hutang RM15,000 - “Kalau Saya Menipu, Sanggup...

Abiejam Tuntut Azar Azmi Bayar Hutang RM15,000 – “Kalau Saya Menipu, Sanggup Disaman Sebab Ada Bukti”

Abang kepada pempengaruh dan usahawan, Siti Jamumall iaitu Abiejam tampil mendedahkan dan mendakwa pelakon Azar Azmi masih belum melunaskan hutang berjumlah RM15,000 sejak enam tahun lalu.

Abiejam atau nama sebenarnya Mohd Khairul Nizam Wahiddin, mendakwa wang itu diberikan kerana mahu membantu pelakon itu memulakan perniagaan termasuklah menyediakan barangan perniagaan serta sokongan bagi siaran langsung di platform media sosial.

“Memang lama saya simpan benda ini, tapi sampai sekarang senyap bila tengok nama dia tengah ‘naik’ dan jadi perhatian, saya rasa ini masa untuk dia tampil jelaskan.

“Ini bukan soal tumpang glamor tapi ini soal hutang jadi jangan lari, dia datang tu kita memang niat nak bantu waktu tengah susah kami beri barang bukan sikit lebih RM15,000 untuk dia (Azar) mula berniaga dan bangkit semula.

“Tapi selepas dapat semua tu Azar terus hilang, saya hubungi pun tidak dijawab, mesej tak balas sampai sekarang,” katanya.

Malah Abiejam juga mendakwa mempunyai bukti kukuh berhubung bantuan yang diberikan dan sedia berdepan sebarang tindakan sekira kenyataannya tidak benar.

“Kalau saya menipu, saya sanggup disaman sebab saya ada bukti mengenai semua ini, rasanya semua tahu sebab ada sosial media kan jadi boleh tengok balik video lama,” luahnya.

Tambah Abiejam lagi, sepanjang tempoh enam tahun itu dia dan pihaknya mencuba pelbagai cara untuk menjejaki pelakon berkenaan namun usaha tersebut menemui jalan buntu.

“Sekarang bila nama dia kembali disebut-sebut di media sosial, saya cuma nak ingatkan… kau pernah ada hutang dengan aku, hutang tetap hutang” tambahnya.

Bagaimanapun, Abiejam tidak menolak kemungkinan untuk menyelesaikan perkara tersebut secara baik.

Namun menegaskan Azar perlu tampil berjumpa dengannya terlebih dahulu.

Sementara itu, Abiejam telah membuat tiga laporan polis terhadap bekas pekerjanya iaitu penasihat undang-undang, penasihat kewangan dan bekas pengurus berhubung dakwaan pecah amanah sehingga mengakibatkan syarikat Jamumall kerugian hampir RM 2 juta serta barang kemas miliknya turut dilarikan.

Selain itu, dia juga turut menerima ancaman ugutan daripada salah seorang individu terbabit menyebabkan terpaksa mengambil tindakan undang-undang.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Global Sumud Flotilla 2.0 Aktifkan ‘Live Tracker

0
PETALING JAYA – Pergerakan Global Sumud Flotilla yang kini dalam perjalanan membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza mengumumkan sistem penjejak masa nyata (live tracker) mereka...

CATEGORIES