Thursday, June 25, 2026
HomeBERITAPerkhidmatan Rapid Rail Akan Dilanjutkan Sempena Ramadan

Perkhidmatan Rapid Rail Akan Dilanjutkan Sempena Ramadan

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan rel Rapid Rail Sdn. Bhd. (Rapid Rail) akan dipanjangkan pada waktu puncak bagi menampung corak penggunaan pengguna pada bulan Ramadan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, waktu puncak pagi dipanjangkan bermula pukul 6.30 pagi hingga 9.30 pagi berbanding pukul 7 pagi hingga 9.30 pagi

Menurut beliau, waktu puncak petang pula dipanjangkan dari pukul 4 petang sehingga 8 malam iaitu empat jam berbanding pukul 5 petang sehingga 7.30 malam.

“Langkah ini bagi memastikan kelancaran rel perkhidmatan, meningkatkan keselesaan penumpang dan menjamin kecekapan operasi,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Syahredzan Johan (PH-Bangi) sama ada waktu puncak perkhidmatan Rapid Rail akan diubah sempena Ramadan.

Anthony Loke berkata, perubahan waktu perkhidmatan itu juga bertujuan mengurus pergerakan penumpang pada waktu perjalanan pulang awal untuk persediaan berbuka puasa.

Kata beliau, Rapid KL mempunyai kesiapsiagaan sepanjang masa, bukan sahaja pada Ramadan, tetapi pada bulan-bulan lain dengan mengamalkan pencegahan dan pemulihan.

Jelas beliau, ia bagi memastikan penyelenggaraan dilakukan secara berkala kepada sistem dan tren kita berjalan sepanjang masa untuk mengurangkan kebarangkalian berlaku gangguan teknikal.

Beliau namun mengakui gangguan teknikal sukar untuk diramal dan dibendung kerana isu teknikal boleh berlaku pada bila-bila masa.

Ujar beliau, sebarang gangguan perlu diminimumkan untuk memastikan gangguan kepada pengguna dapat dikurangkan.

“Kakitangan teknikal diletakkan dalam tren sebagai langkah bersiap sedia sekiranya berlaku gangguan supaya langkah mitigasi dapat dilaksanakan dengan cepat dan berkesan,” katanya.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Ronaldo Belum Berkarat Bantu Portugal Belasah Uzbekistan 5-0

0
HOUSTON – Cristiano Ronaldo menutup mulut pengkritiknya apabila berjaya meledak dua gol selepas membantu Portugal berpesta gol membelasah Uzbekistan 5-0 dalam aksi kedua Kumpulan...

CATEGORIES