Tuesday, May 26, 2026
HomeLUAR NEGARAMenteri Israel Mahu Guna Bom Nuklear, Lenyapkan Gaza Dari Muka Bumi

Menteri Israel Mahu Guna Bom Nuklear, Lenyapkan Gaza Dari Muka Bumi

TEL AVIV – Menteri Warisan Israel, Amichai Eliyahu digantung daripada tugasnya selepas mengusulkan Rejim Zionis menggugurkan bom nuklear di Semenanjung Gaza, lapor laman berita Middle East Monitor semalam.

Awal semalam, akhbar Times of Israel melaporkan bahawa menteri berfahaman ekstrem daripada parti ekstremis, Otzma Yehudit itu berkata demikian dalam satu temu bual bersama  Radio Kol Berama.

Dia menyebut penggunaan senjata nuklear sebagai salah satu alternatif bagi menamatkan perang Palestin-Israel, lapor Kosmo.

Eliyahu turut menyatakan bahawa lebih dua juta populasi Palestin di Semenanjung Gaza boleh pergi ke Ireland atau mana-mana gurun serta mencari penyelesaian sendiri bagi konflik kemanusiaan yang dihadapi.

Susulan  temu bual itu, Eliyahu tidak dibenarkan menghadiri mesyuarat kabinet bagi tempoh masa yang belum diputuskan.

Menurut Kosmo, bagaimanapun selepas dikenakan ‘hukuman’ tersebut, Eliyahu mengeluarkan kenyataan susulan yang mendakwa komennya itu hanya sebagai metafora.

“Jelas bagi semua orang yang berakal bahawa kenyataan mengenai atom (bom) adalah metafora,” katanya. 

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

GSF 2.0: Malaysia Sedia Heret Israel Ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa

0
SEPANG - Kerajaan sedia mengheret rejim Zionis ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) selepas segala maklumat dan dokumen bukti selesai dikumpulkan oleh pasukan peguam. Menteri Besar...

CATEGORIES