Tuesday, May 19, 2026
HomeLUAR NEGARAPenumpang Cemas, Airbus Terbabas, Langgar Lampu

Penumpang Cemas, Airbus Terbabas, Langgar Lampu

ZAGREB – Penumpang penerbangan Croatia Airlines berdepan detik cemas apabila pesawat dinaiki mereka terbabas semasa berlepas dari sebuah lapangan tebang di Croatia, lapor akhbar Times of India.

Kejadian melibatkan pesawat jenis Airbus A220-300 ketika berlepas dari bandar Split menuju Frankfurt, baru-baru ini.

Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan pesawat  tergelincir dari landasan sebelum berhenti di atas kawasan berumput.

Semua 130 penumpang dan lima anak kapal dipindahkan dengan selamat dan tiada kecederaan dilaporkan.

“Pesawat Airbus A220-300 milik Croatia Airlines dibatalkan perlepasan di Lapangan Terbang Split.

“Berdasarkan maklumat awal, perlepasan dibatalkan selaras dengan prosedur keselamatan. Penumpang  diturunkan dan akan menerima bantuan untuk meneruskan perjalanan,” kata Croatia Airlines.

Pihak berkuasa Lapangan Terbang Split berkata, pesawat itu rosak selepas melanggar lampu di tepi landasan dan papan tanda menegak semasa berlepas.

Lapangan Terbang Split ditutup sementara ketika pasukan tindak balas kecemasan dan kru teknikal berusaha mengalihkan pesawat serta memeriksa landasan bagi sebarang kerosakan.

Siasatan giat dijalankan untuk mengenal pasti punca insiden tersebut.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Dia Tetap Tak Nak Beri Kerjasama, Enggan Lafaz Cerai’ – Linda...

0
KUALA LUMPUR – Masih berlarutan, pelakon Linda Hashim mendedahkan suaminya, Beego masih enggan melafazkan cerai terhadapnya pada prosiding perbicaraan pengesahan lafaz taklik di Mahkamah...

CATEGORIES