Friday, April 17, 2026
HomeBERITAMisi Global Sumud Flotilla(GSF) Kembali Belayar Ke Gaza 29 Mac Ini

Misi Global Sumud Flotilla(GSF) Kembali Belayar Ke Gaza 29 Mac Ini

PETALING JAYA – Global Sumud Flotilla (GSF) mengumumkan pelancaran flotila kemanusiaan untuk Palestin terbesar dalam sejarah pada 29 Mac ini.

Menurut kenyataan di media sosial Sumud Nusantara Official, ia melibatkan penyertaan lebih 100 buah negara yang akan berlepas ke Gaza serentak dari pelbagai pelabuhan di seluruh Mediterranean.

“Misi ini menghimpunkan lebih 1,000 doktor, jururawat dan petugas kesihatan pendidik, jurutera serta pasukan pembinaan semula penyiasat jenayah perang dan jenayah terhadap ekosistem.

“Ia bergerak dalam satu usaha kolektif dan tanpa kekerasan terhadap genosid, kepungan, kebuluran besar-besaran, serta pemusnahan kehidupan orang awam di Gaza,” kata kenyataan itu, hari ini.

Menurut hantaran itu, pengumuman berkenaan dibuat di Yayasan Nelson Mandela di Johannesburg, semalam.

“Ia sekali gus meletakkan misi ini sebagai kesinambungan warisan solidariti global serta perjuangan sivil tanpa kekerasan.

“Ini bukan sekadar tentang pelayaran. Ini tentang dunia yang bangkit bersama. Ayuh bersama kami membela mereka yang dizalimi,” tambah kenyataan itu.

Kerajaan Madani akan terlibat secara langsung dalam misi GSF 2.0 yang bakal membabitkan penyertaan lebih 80 negara.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Zulkifli Hasan dilaporkan berkata, misi kali ini dirancang lebih besar, melibatkan lebih ramai peserta dan banyak bot.

“Mereka ingin penyertaan yang lebih inklusif merangkumi pelbagai agama, bangsa, selebriti dan pelbagai kategori lapisan masyarakat,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Konsert “Aishah 40 Chapters Of Love” Julai Ini!

0
KUALA LUMPUR, 17 April 2026 – Legenda seni suara tanah air, Dato’ Aishah bakal mencipta satu lagi detik bersejarah menerusi konsert solo berskala besar...

CATEGORIES