Monday, March 16, 2026
HomeBERITAMulai 15 Februari, TikTok Shop Kenakan Caj RM0.50 Bagi Setiap Pesanan Berjaya

Mulai 15 Februari, TikTok Shop Kenakan Caj RM0.50 Bagi Setiap Pesanan Berjaya

TIKTOK memaklumkan bahawa platform itu akan memperkenalkan Yuran Sokongan Platform sebanyak RM0.50, atau RM0.54 selepas SST, yang akan dikenakan ke atas setiap jualan berjaya mula 15 Februari 2026.

Caj ini dikenakan bagi setiap barangan yang berjaya dihantar kepada pembeli, tanpa mengira harga barangan.

Ia turut menjadi tambahan kepada beberapa caj sedia ada yang telah dikenakan kepada penjual di platform tersebut.

TikTok menjelaskan bahawa barangan yang telah dihantar tetapi dibatalkan atau dipulangkan semula masih tertakluk kepada caj berkenaan.
Hanya pembelian yang dibatalkan sebelum penghantaran dibuat akan layak menerima pemulangan caj.
Sebelum ini, Shopee turut memperkenalkan caj serupa yang berkuat kuasa mulai 16 Julai 2025. –Amanz

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Konflik Di Asia Barat Semakin Tegang, Ringgit Susut Berbanding Dolar AS

0
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama tetapi rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat berikutan ketegangan yang meningkat di...

CATEGORIES