Monday, November 23, 2026
HomeHIBURAN'Lebih Baik Scan Lelaki Dulu, Sekarang Banyak Kes Cerai' – Sharifah Rose

‘Lebih Baik Scan Lelaki Dulu, Sekarang Banyak Kes Cerai’ – Sharifah Rose

KUALA LUMPUR – Bimbang dengan isu perceraian ibarat trend, pelakon Sharifah Rose mengakui kini lebih berhati-hati dan selektif dalam memilih pasangan hidup.

Menurut Rose atau nama penuhnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd. Mazfira, 28, pengalaman dalam percintaan sebelum ini menjadikannya lebih matang.

“Saya pun dah nak berusia 30 tahun, saya pernah melalui fasa dalam hubungan sebelum ini.

“Bila dah berpengalaman, saya rasa lebih baik ‘scan’ (tapisan) dulu lelaki sebab zaman sekarang pun banyak kes cerai,” katanya kepada Kosmo! Online pada pelancaran Ramadan Raya 2026: Jwanjih Drama! di TGV Cinema, Suria KLCC, baru-baru ini.

Pada masa sama, pelakon drama Do You Love Me Captain itu mengakui berita keretakan rumah tangga membuatkannya berasa bimbang sekiranya perkara sama berlaku kepada dirinya.

“Hari-hari saya dengar kes itu ini. Saya tak mahu jadi seperti itu.

“Kita kena lebih berhati-hati dalam memilih pasangan kerana mereka bakal menjadi seorang ayah kepada anak-anak kita,” ujarnya.

Sebelum ini, Rose memaklumkan berkawan dengan pelakon Ezzrin Loy selama tiga tahun serta saling mengenali hati budi dan hubungan mereka turut diketahui keluarga.

Bagaimanpun, November lalu, Rose mengakui hubungannya dengan Ezzrin tidak lagi serapat dahulu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Ujian Mendengar, Bertulis BM Dan BI SPM Pada Hari Sama Tahun...

0
PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil pendekatan baharu dengan mengadakan ujian mendengar dan peperiksaan bertulis bagi kertas Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris pada hari...

CATEGORIES