Friday, April 24, 2026
HomeBERITALaluan Tapah – Cameron Highlands Tutup 4 Jam Esok

Laluan Tapah – Cameron Highlands Tutup 4 Jam Esok

PETALING JAYA – Pengguna jalan raya yang merancang ke Cameron Highlands, Pahang melalui jalan Tapah, Perak esok perlu mengambil maklum bahawa laluan utama FT059 di Seksyen 24, Lata Iskandar akan ditutup sepenuhnya dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Menerusi perkongsian di Facebook, Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Batang Padang hari ini, penutupan selama empat jam itu dibuat bagi memberi ruang kepada kerja-kerja penyelenggaraan pokok bahaya oleh JKR Negeri Perak.

Jelas hantaran tersebut, tindakan itu perlu bagi memastikan keselamatan pengguna memandangkan kawasan berkenaan kerap berlaku insiden pokok tumbang, terutama ketika musim hujan.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi arahan petugas di lokasi dan menggunakan laluan alternatif melalui Laluan Simpang Pulai – Cameron Highlands bagi kelancaran perjalanan.

“Terima kasih atas kerjasama anda,” kata hantaran itu.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Bukan Tersungkur, Hanya Tergelincir Ketika Live’ – Norish Karman

0
PETALING JAYA – Pelakon Norish Karman menafikan dakwaan kononnya hidupnya kini ibarat tersungkur, sebaliknya menegaskan segala kontroversi berlaku hanyalah salah faham dan putar belit...

CATEGORIES