Friday, October 10, 2025
HomeHIBURANBlack, Eddie Umum Keluar Daripada Wings

Black, Eddie Umum Keluar Daripada Wings

PETALING JAYA – Tidak angin, tiada ribut, dua anggota Wings, Black dan Eddie mengumumkan keluar daripada kumpulan rock itu secara rasmi semalam.

Begitupun, Black selaku pemain dram dan Eddie di posisi gitar bes band terbabit tidak memaklumkan punca pengunduran.

“Kami, Azmi Hashim atau dikenali sebagai Black dan Samsaidi Long Idris atau Eddie mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari kumpulan Wings berkuatkuasa serta-merta hari ini, Rabu bertarikh 8.10.2025,” kata mereka menerusi kenyataan media.

Dengan pengunduran itu, mereka juga menyatakan tidak akan terbabit dalam konsert Wings 40 Years Celebration yang dijadualkan berlangsung pada 28 November depan di Kuala Lumpur dan 24 Disember di Singapura.

Ini bukan kali pertama Black keluar Wings kerana sebelum ini dia pernah meninggalkan kumpulan rock legenda itu pada 1990 iaitu selepas album Teori Domino diterbitkan.

Namun pemain dram berusia 59 tahun itu menyertai Wings kembali pada tahun 1995 bagi pembikinan album Orang Asing.

Sementara itu, Eddie, 57, pula belum pernah meninggalkan band berkenaan sejak menyertai Wings pada 1985.

Selepas pengunduran Black dan Eddie, kumpulan itu kini hanya dibarisi Datuk Awie selaku vokalis selain Syam (gitar utama) dan Edrie (gitar irama).

Sementara itu, usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan penjelasan Black dan Eddie belum berhasil apabila panggilan tidak dijawab.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Indonesia Larang Gimnas Israel Sertai Kejohanan Gimnastik Artistik Dunia

0
JAKARTA – Persekutuan Gimnastik Indonesia menyatakan bahawa badan pentadbir antarabangsa sukan itu menyokong keputusan Indonesia menolak penyertaan atlet Israel untuk kejohanan gimnastik artistik dunia...

CATEGORIES