Thursday, August 27, 2026
HomeBERITAFreedom Flotilla: Berbaki 150 Batu Nautika Dari Pantai Gaza

Freedom Flotilla: Berbaki 150 Batu Nautika Dari Pantai Gaza

PETALING JAYA – Pelayaran misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) x Thousand Madleens to Gaza (TMTG) kini berada pada jarak 150 batu nautika dari pantai Gaza.

Humanitarian Care Malaysia (MyCare) menerusi kenyataan, hari ini turut meminta orang ramai supaya sama-sama memantau pergerakan flotila mereka.

“Flotilla kami kini berada pada jarak 150 batu nautika dari pantai Gaza, menghampiri zon kapal-kapal FFC dan Global Sumud Flotilla yang sebelum ini diserang oleh rejim Zionis Israel.

“Perhatikan flotila kami. Maklumkan kepada media dan ahli politik anda untuk menggesa perlindungan dan laluan selamat kepada flotila kami. Genosid di Gaza perlu dihentikan dan sekatan ke atasnya perlu diangkat segera,” kata kenyataan itu.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, pelayaran misi kemanusiaan FFC x TMTG mengelak untuk tiba di Gaza, Palestin pada 7 Oktober memandangkan Israel berpotensi untuk melakukan serangan ke atas sukarelawan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCare, Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, ia memandangkan tarikh itu genap dua tahun Operasi Taufan al-Aqsa dilancarkan oleh Hamas pada 7 Oktober 2023.

Seramai lapan delegasi Malaysia kini sedang belayar di atas kapal Conscience dengan seorang lagi delegasi di atas kapal layar Umm Saad bagi misi FFC x TMTG.

Kapal terbesar Conscience melibatkan 10 kru, 20 wartawan antarabangsa, 21 pakar perubatan, tiga ahli Parlimen Turkiye, 34 aktivis dan enam Jawatankuasa Pemandu FFC.

Delegasi Malaysia diketuai oleh MyCare, manakala seramai 93 peserta dari 22 negara berlepas dari Porto Otranto, Itali pada 30 September lalu.

Secara keseluruhan misi ini melibatkan 150 peserta dari 25 negara termasuk sembilan delegasi Malaysia.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Banjir Nepal: 400 Pelancong Termasuk 50 Warga Malaysia Hilang, 157 Maut

0
NEPAL - Sekurang-kurangnya 157 mayat ditemui, manakala lebih 400 pelancong dilapor masih hilang selepas runtuhan tebing lumpur dan batu mencetuskan banjir di kawasan sempadan...

CATEGORIES