Tuesday, October 7, 2025
HomeHIBURAN‘Jangan Sebab Negara Lain Bagi Kemenangan, Kita Pun Terpaksa Bagi Menang’

‘Jangan Sebab Negara Lain Bagi Kemenangan, Kita Pun Terpaksa Bagi Menang’

KUALA LUMPUR – Mengharapkan ketelusan, aktor Sharnaaz Ahmad memohon penjurian Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) tidak hanya menilai sesebuah karya berdasarkan pencapaian yang diraih di luar negara.

Sharnaaz atau nama lengkapnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 40, berkata pengiktirafan yang diterima filem di peringkat antarabangsa sewajarnya bukan dijadikan tiket untuk penganjur tempatan memilih nashkah terbabit sebagai pemenang.

“Saya datang malam ini memang ada perkara ingin disampaikan. Satu hal yang saya harapkan daripada FFM jangan bila nampak ‘orang itu’ menang di luar negara, kita pun kena bagi kemenangan di Malaysia.

“Sebaliknya, perincian penjurian kena tumpukan terhadap mutu filem yang dihasilkan, sekali gus usahakan untuk mempertingkatkan lagi penerbitan naskhah tanah air.

“Pastikan kemenangan diberikan kepada filem berkualiti. Saya tak kisah (saya) tak menang, asal filem berkualiti diiktiraf. Pemilihan perlu berpaksikan ketelusan, bukan pengaruh luar. Hormati filem kita sendiri,” katanya selepas majlis perasmian FFM34 serta pengumuman calon Top 5, malam tadi.

Pada masa sama, Sharnaaz yang dicalonkan dalam kategori Pelakon Filem Lelaki Terbaik bersyukur apabila filem lakonannya, Blood Brothers: Bara Naga mengungguli pencalonan FFM34 dengan 13 pencalonan.

“Alhamdulilah untuk kesemua 13 pencalonan membabitkan 11 di bawah tiket Blood Brothers: Bara Naga. Ini semua hasil kerja berpasukan.

“Tahniah buat semua yang terbabit merealisasikan filem ini termasuk pelakon, kru di balik tabir serta pengarah. Mudah-mudahan kita menang,” ujarnya.

Dalam kategori Pelakon Lelaki Terbail itu, Sharnaaz bersaing dengan Qi Razali (Babah), Beto Kusyairi (Riversi), Aeril Zafrel (Laknat) serta Tony Eusoff (Mencari Ramli).

Menariknya, tiga lagi tunjang utama filem aksi arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra itu, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya serta Syazwan Zulkitly pula dicalonkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Antara kategori lain yang menyaksikan saingan daripada filem pecah lakonannya itu termasuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Aksi dan Lagak Ngeri Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Sinematografi Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Lagu Tema Terbaik serta Rekaan Kostum/Busana Terbaik.

Sementara itu, Anugerah FFM34 bakal berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media dan disiarkan secara langsung di TV2 RTM serta YouTube FINAS pada 1 November ini, pukul 8.30 malam.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

FIFA Dedah ‘Asal Usul’ Pemain Warisan Harimau Malaya

0
KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berdepan tamparan besar apabila Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mendedahkan bukti penggunaan dokumen palsu dalam proses pendaftaran tujuh pemain...

CATEGORIES