Friday, April 24, 2026
HomeBERITAPokok Tumbang Ragut Nyawa Pemandu Wanita

Pokok Tumbang Ragut Nyawa Pemandu Wanita

GOMBAK -Seorang pemandu wanita dilaporkan meninggal dunia selepas kereta Perodua Alza dihempap pokok besar di Sungai Tua, Jalan Ulu Yam Bharu-Batu Caves, di sini, hari ini

Salah seorang saksi kejadian, Mohd. Zainor Zaini, 32, berkata, tiada mangsa lain didapati dalam kenderaan wanita berkenaan.

Menurutnya, mangsa yang maut itu berusia lingkungan 40an manakala suami mangsa juga telah dihubungi orang ramai.

Merujuk laporan Maps serta Waze, laluan sekitar kawasan kejadian mengalami kini kesesakan lalu lintas.

Kebanyakan kenderaan terpaksa berpatah balik mengikut laluan Rawang kerana jalan yang tidak dapat dilalui.

Setakat ini, Kosmo! sedang mendapatkan pihak polis serta bomba bertugas bagi maklumat lanjut berhubung kejadian.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tak Fikir Watak Pembantu Turunkan Taraf Pelakon’ – Amir Ahnaf

0
Mengakui sudah agak selektif dalam soal tawaran, aktor muda Amir Ahnaf tetap menerima watak pembantu atau sampingan selagi naratif karya tersebut mampu mencabar kemampuannya...

CATEGORIES