Friday, October 3, 2025
HomeBERITASekali Lafaz, Raja Muda Selangor Bergelar Suami

Sekali Lafaz, Raja Muda Selangor Bergelar Suami

KLANG – Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah selamat diijabkabulkan dengan Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, hari ini.

Menurut kenyataan di Facebook Selangor Royal Office, Istiadat Pernikahan Diraja ini disempurnakan oleh Mufti Negeri Selangor, Datuk Dr. Anhar Opir.

“Akad ijab dan kabul dimetrai tepat pukul 10.08 pagi dengan sekali lafaz disusuli dengan 11 das tembakan meriam.

“Dua orang saksi pernikahan adalah Tengku Panglima Raja Selangor, Tengku Ahmad Shah Alhaj dan Tengku Indera Pahlawan Diraja Tengku Datuk Setia Putra Alhaj,” katanya.

Jelas kenyataan itu, Istiadat pernikahan yang dilakukan dengan penuh tertib mengikut adat ini, disaksikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.

Turut hadir dalam istiadat tertutup ini adalah Kerabat Diraja Selangor dan keluarga pengantin Diraja Perempuan serta sahabat handai kedua belah pihak.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Enrique Bangga PSG Jinakkan Barca Di Gelanggang Lawan

0
BARCELONA, Sepanyol: Pengurus Paris Saint-Germain (PSG), Luis Enrique memuji semangat juang pasukannya yang pincang akibat kecederaan selepas bangkit mencatat kemenangan 2-1 ke atas Barcelona...

CATEGORIES