Friday, October 3, 2025
HomeBERITABerang Flotila Gaza Dipintas, Colombia Usir Semua Diplomat Israel

Berang Flotila Gaza Dipintas, Colombia Usir Semua Diplomat Israel

BOGOTA – Presiden Gustavo Petro mengusir semua diplomat Israel yang masih berada di Colombia susulan tindakan Tel Aviv memintas flotila bantuan ke Gaza dan dipercayai menahan dua aktivis Colombia.

Petro berkata, dua wanita Colombia yang terlibat dalam aktiviti solidariti kemanusiaan dengan Palestin itu ditahan tentera Israel di perairan antarabangsa.

Dalam satu kenyataan pejabatnya berkata, Manuela Bedoya dan Luna Barreto adalah sebahagian daripada Global Sumud Flotilla (GSF) dan menuntut pembebasan segera mereka.

Kementerian luar Israel mengesahkan ‘beberapa kapal’ dalam flotila itu ‘dihentikan dengan selamat’ dan penumpangnya dibawa ke pelabuhan Israel.

Petro yang berhaluan kiri memutuskan hubungan dengan Israel tahun lalu tetapi empat diplomat kekal bertugas di negara itu, kata sumber konsulat Israel di Bogota kepada AFP.

Menulis di laman X, Petro mengumumkan pengusiran ‘seluruh delegasi diplomatik Israel’ atas apa yang disebut sebagai  ‘jenayah antarabangsa baharu’ oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Beliau juga menamatkan perjanjian perdagangan bebas yang berkuat kuasa dengan Israel sejak 2020.

Pemimpin Colombia itu adalah salah seorang pengkritik Netanyahu yang paling lantan, memanggilnya sebagai ‘pelaku genosid’ sambil mengecam Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sebagai ‘rakan sejenayah’ kepada ‘genosid’.

Minggu lalu, Petro menghadiri protes pro-Palestin di New York, di mana beliau menyeru tentera AS untuk mengingkari Trump.

Washington membatalkan visa Petro berhubung kenyataannya.

Sumber – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

TVS Lebarkan Sayap Dari Borneo Ke Malaysia

0
KUALA LUMPUR, 1 OKTOBER 2025 – TV Sarawak (TVS), stesen televisyen pertama dari Bumi Kenyalang yang kini berkembang pesat di peringkat nasional, terus memperkukuh...

CATEGORIES