Thursday, April 30, 2026
HomeBERITAInkues: Tiada Kesan Lebam, Tanda Penderaan Pada Zara Qairina

Inkues: Tiada Kesan Lebam, Tanda Penderaan Pada Zara Qairina

KOTA KINABALU – Pegawai perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Queen Elizabeth (HQE) Dr Janefer Voo memaklumkan tiada kesan lebam mahupun tanda penderaan pada tubuh Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir ketika tiba di hospital.

Dr Janefer yang juga saksi ketiga dalam inkues kes kematian Zara Qairina berkata
beliau menerima pesakit yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri pada 16 Julai, pukul 4.38 pagi.

“Sejurus pemeriksaan, “Trauma Alert” diaktifkan di Jabatan Kecemasan HQE pada pukul 4.42 pagi hari sama bagi rujukan segera kepada pasukan Neurosurgeri, Ortopedik, Pembedahan dan Anestesiologi.

“Antara kecederaan dialami mangsa termasuklah bengkak dan pendarahan di bahagian belakang kepala, patah tertutup pada pergelangan tangan kiri, patah terbuka pada pergelangan kaki kiri serta patah tertutup pada pergelangan kaki kanan.

“Penilaian saya pesakit disyaki mengalami kecederaan otak trauma yang serius, kecederaan di bahagian belakang kepala, patah pada kedua-dua pergelangan kaki serta pergelangan tangan kiri selain disyaki mengalami pendarahan dalaman.

“Ekoran tekanan darah pesakit yang terlalu rendah, pesakit disyaki mengalami kecederaan dalaman akibat trauma ‘impak tinggi’ pada badan yang menyebabkan pendarahan dalaman.

“Tiada kesan lebam atau tanda penderaan pada tubuh pesakit,” katanya ketika membacakan kenyataan saksi di hadapan Mahkamah Koroner hari ini.

Sejurus kenyataan saksi dibacakan pegawai pengendali, Datuk Badiuszaman Ahmad meminta Dr Janefer menandatangani kenyataan saksinya.

Dalam pada itu, Dr Janefer menyatakan pesakit didapati mengalami pendarahan dalam otak, patah terbuka pada pergelangan kaki kiri dan tumit kiri, patah tertutup pada lengan kiri dan kaki kanan, patah tulang lumbar vertebrae 2, 3 dan 4, serta pembekuan darah pada tulang pelvis dan otot psoas kiri selepas proses resusitasi dan pengimejan dilakukan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Aliff Syukri Diperintah Bayar RM250,000 Kepada Kadir Sheikh Fadzir

0
KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan, Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruzaman diperintah membayar RM250,000 kepada veteran politik, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berhubung fitnah...

CATEGORIES