Friday, May 1, 2026
HomeBERITAHIV Meningkat Dalam Kalangan Belia: 75% Daripada 3,185 Kes Tahun Lalu

HIV Meningkat Dalam Kalangan Belia: 75% Daripada 3,185 Kes Tahun Lalu

KUALA LUMPUR – Sebanyak 75 peratus daripada 3,185 kes HIV yang dilaporkan pada tahun 2024 melibatkan golongan belia berumur antara 20 hingga 39 tahun.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, majoritinya adalah dalam kalangan lelaki iaitu 90 peratus berbanding wanita 10 peratus.

“Trend ini menunjukkan peningkatan berbanding tahun 1990an di mana wanita hanya satu dan lelaki 99 peratus,” katanya menerusi jawapan bertulis kepada Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan Tan Kok Wai (PH-Cheras) berhubung keadaan semasa jangkitan HIV dalam negara termasuk jumlah pesakit.

Dzulkefly berkata, jangkitan HIV di Malaysia juga telah menunjukkan perubahan lanskap mod jangkitan yang ketara.

Jelas beliau, perubahan lanskap itu adalah daripada jangkitan akibat perkongsian jarum suntikan dadah kepada jangkitan melalui transmisi seksual.

“Terkini, punca jangkitan HIV adalah melalui seksual 96 peratus pada tahun 2024 di mana 32 peratus jangkitan adalah secara heteroseksual dan 64 peratus homoseksual/biseksual,” katanya.

Terdahulu, beliau memaklumkan, jangkitan baru HIV di Malaysia secara am mencatatkan penurunan sebanyak 50 peratus di antara tahun 2000 dan 2009.

Bagaimanapun, mulai tahun 2010 sehingga kini, kadar penurunan semakin perlahan iaitu hanya 27 peratus.

Sumber: KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Biar Mereka Yang Berbakat’ – Amira Othman Bersara Berlakon

0
KUALA LUMPUR – Atas alasan mahu fokus terhadap kerjaya nyanyian dan keluarga, penyanyi Amira Othman membuat pengumuman mahu berundur daripada arena lakonan. Begitupun Amira atau...

CATEGORIES