Tuesday, May 26, 2026
HomeBERITATerengganu Tertinggi Jumlah Penagih Dadah – AADK

Terengganu Tertinggi Jumlah Penagih Dadah – AADK

KOTA BHARU – Kelantan tidak lagi mencatatkan jumlah kes dadah tertinggi apabila bilangan penagih mencatatkan penurunan sebanyak 5.4 peratus sepanjang tiga bulan pertama pada tahun ini.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Ruslin Jusoh berkata, melalui perkembangan tersebut Kelantan kini menjadi negeri ketiga yang merekodkan kadar penagih dadah dan penyalahgunaan dadah tertinggi di negara ini.

Menurutnya, selain itu, kes-kes dadah di seluruh negara juga menurun sebanyak 10.5 peratus bermula Januari hingga Mac tahun ini berbanding tempoh sama bagi tahun lalu.

“Berdasarkan laporan dikeluarkan AADK sehingga Mac lalu, sejumlah 108,409 penagih dan kes dadah dikesan di seluruh negara dengan Kelantan mencatat seramai 11,280 individu.

“Data yang sama menunjukkan Kelantan kini berada pada kedudukan ketiga tertinggi selepas Terengganu dan Perlis bagi kadar penagih dan penyalahgunaan dadah per 100,000 penduduk,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah Negeri Kelantan yang dipengerusikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud di Kompleks Kota Darul Naim, di sini hari ini.

Ruslin memberitahu, Kelantan mencatat sebanyak 579 kes bagi tiga bulan pertama tahun ini berbanding 663 di Terengganu dan 609 kes di Perlis.

Katanya, penurunan berkenaan mempunyai kaitan dengan usaha dan inisiatif diambil oleh pelbagai pihak melibatkan aktiviti penguatkuasaan dan pelaksanaan program pendidikan pencegahan termasuk kawalan di sempadan negara.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Pencipta Lagu BTS, TOMORROW X TOGETHER, ENHYPEN Tulis Lagu Baharu Untuk...

0
Kumpulan M-Pop ALPHA terus mencuri perhatian apabila mendedahkan salah satu lagu dalam album debut mereka, The First Wave, yang melibatkan penulis lagu terkenal di...

CATEGORIES