Saturday, May 30, 2026
HomeHIBURANKonsert Oasis Bertukar Tragedi, Peminat Terbunuh Akibat Jatuh

Konsert Oasis Bertukar Tragedi, Peminat Terbunuh Akibat Jatuh

LONDON: “Kami terkejut dan masih berduka.”

Demikian maklum balas kumpulan Oasis mengenai seorang peminat yang meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat atas stadium Wembley ketika menyaksikan konsert kumpulan itu, Sabtu lepas.

Oasis memaklumkan masih terkesan dengan insiden tersebut dan mendoakan agar kenalan mendiang tabah menghadapi saat sukar ketika ini.

“Kami cukup terkesan dengan apa yang berlaku. Takziah buat keluarga dan sahabat mendiang,” kata Oasis dalam kenyataan.

Polis dan paramedik tiba di lokasi kejadian kira-kira 10.19 malam waktu tempatan selepas menerima laporan seorang lelaki parah kerana jatuh dari tingkat atas stadium berkenaan.

Lelaki berusia lingkungan 40-an itu mati di tempat kejadian.

“Takziah buat keluarga yang sekarang ini sedang dibantu pasukan khas polis,” kata pengurusan Stadium Wembley dalam kenyataan.

Sumber: UTUSAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tamak? Kami Tak Kecil Hati, Ini Demi Kelangsungan’ – Awie

0
BUKAN tamak, kumpulan Wings sedia mengambil satu persatu tawaran persembahan dan konsert adalah atas permintaan ramai, sekali gus demi kelangsungan jenama band yang sudah...

CATEGORIES