Friday, May 1, 2026
HomeHIBURANSelepas 9 Tahun, Uyaina Arshad Umum Berhenti Jadi Pengacara WHI

Selepas 9 Tahun, Uyaina Arshad Umum Berhenti Jadi Pengacara WHI

KUALA LUMPUR: “Sudah tiba masanya,” kata pengacara, Uyaina Arshad, 33, dalam hantaran di platform media sosial, mengumumkan mengenai penamatan perkhidmatan sebagai pengacara program bual bicara, Wanita Hari Ini (WHI), semalam.

Uyaina yang bertugas sebagai pengacara WHI selama sembilan tahun berkata, ini adalah keputusannya sendiri tanpa sebarang sengketa mahupun salah faham.

“Selamat tinggal WHI. Hari ini (semalam) adalah hari terakhir Uyaina mengacarakan program WHI. Uyaina yang memilih untuk pergi. Tak ada sengketa, tak ada salah faham.

“WHI adalah rumah saya dan pasukan WHI adalah keluarga saya. Saya sayang program ini sama seperti sayangnya saya kepada setiap individu yang menjayakan program ini.

“Kalau ada yang tertanya kenapa, Jawapannya cuma satu, iaitu kerana sudah tiba masanya,” tulisnya.

Uyaina atau nama sebenar, Saidatul Naseha Uyaina Arshad berkata, ia bukanlah keputusan yang mudah.

“Bukan mudah untuk buat keputusan ini, tapi saya rasa dah tiba masanya untuk seorang Uyaina Arshad mengorak langkah menuju sesuatu yang baharu.

“Kadangkala, anda cuma perlu tahu, bila masa yang sesuai untuk pergi.

“Alhamdullilah… Pencapaian terbesar saya adalah diberi kepercayaan tahun demi tahun untuk mengemudi sebuah program sehebat WHI selama sembilan tahun.

“Ia bukanlah suatu tempoh yang singkat. Masya-Allah. Ia adalah sesuatu yang sangat saya banggakan,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Uyaina turut mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang juga dianggap umpama guru buatnya dalam dunia pengacaraan.

“Di sinilah tempat saya belajar menjadi seorang pengacara yang baik. Menyusun setiap kata-kata, menjaga sensitiviti, menghidupkan suasana dan paling penting, menghiburkan dan menyampaikan ilmu sebaiknya kepada penonton.

“Terima kasih kepada guru pertama dan juga rakan penyampai pertama saya, Kak Rena dan Kak Fiza. Waktu tu, cuma kami bertiga.

“Banyak ilmu yang mereka curahkan kepada saya dan mengajar saya untuk menjadi seorang pengacara yang berilmu dan beretika.

“Terima kasih rakan-rakan pengacara yang lain, Abang Fahrin, Sugee, Fatin, Syira. Saya berbesar hati dapat mengacara di samping kalian sepanjang sembilan tahun ini! Teruskan legasi WHI!” tulisnya.

Hantaran itu turut dikongsikan bersama video detik-detik terakhir dia mengacarakan WHI yang dirakamkan semalam.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Biar Mereka Yang Berbakat’ – Amira Othman Bersara Berlakon

0
KUALA LUMPUR – Atas alasan mahu fokus terhadap kerjaya nyanyian dan keluarga, penyanyi Amira Othman membuat pengumuman mahu berundur daripada arena lakonan. Begitupun Amira atau...

CATEGORIES