Thursday, May 28, 2026
HomeSUKANChelsea Juara Piala Dunia Kelab 2025 Tewaskan PSG 3-0 di Final

Chelsea Juara Piala Dunia Kelab 2025 Tewaskan PSG 3-0 di Final

EAST RUTHERFORD, Amerika Syarikat: Cole Palmer meledak dua gol dan mencipta satu lagi ketika Chelsea mengejutkan Paris Saint-Germain (PSG) pada final Piala Dunia Kelab awal pagi tadi, menewaskan juara Eropah itu 3-0 di Stadium MetLife untuk menjuarai edisi sulung kejohanan baharu anjuran FIFA.

PSG dilabel sebagai pilihan utama untuk memenangi perlawanan itu yang turut dihadiri Donald Trump, selepas tiba di Amerika Syarikat dengan status sebagai juara Liga Juara-Juara UEFA selain membelasah Real Madrid 4-0 pada separuh akhir.

Namun jika sebelum ini PSG mendahului 3-0 pada separuh akhir, kali ini situasi berbeza sekali apabila mereka pula ketinggalan 0-3 sebelum tamat separuh masa pertama.

Palmer membuka tirai jaringan pada pertengahan babak pertama dan menambah satu lagi gol pada minit ke-30, sebelum mengambil kesempatan daripada kelekaan benteng pertahanan PSG untuk melorongkan bola kepada Joao Pedro bagi gol ketiga pada minit ke-43.

Hari malang PSG bertambah buruk apabila Joao Neves dilayangkan kad merah selepas semakan VAR empat minit sebelum tamat kerana menarik rambut Marc Cucurella.

 

Pemain Chelsea, Cole Palmer (kanan) meledak masuk gol pertama final sulung Piala Dunia Kelab FIFA. – Foto REUTERS
Pemain Chelsea, Cole Palmer (kanan) meledak masuk gol pertama final sulung Piala Dunia Kelab FIFA. – Foto REUTERS

 

Pemain Chelsea, Cole Palmer (dua dari kiri) merembat masuk gol kedua pasukannya. – Foto REUTERS
Pemain Chelsea, Cole Palmer (dua dari kiri) merembat masuk gol kedua pasukannya. – Foto REUTERS

 

Keputusan perlawanan ini sememangnya di luar jangkaan ramai, namun Chelsea menamatkan musim panjang mereka dengan penuh bergaya – mereka muncul juara pertama kejohanan Piala Dunia Kelab 32 pasukan, selain turut menjuarai Liga Konferens UEFA dan menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tangga keempat.

Chelsea juga akan membawa pulang sekitar AS$125 juta (RM531 juta) dalam bentuk hadiah kemenangan, menjadikan tempoh rehat musim panas yang singkat sebelum musim baharu bermula sebagai sesuatu yang berbaloi.

Terdapat suasana cukup meriah di Stadium MetLife, berlatarbelakangkan panorama bandar Manhattan dengan kehadiran Presiden Trump dan Wanita Pertama Melania Trump bersama 81,118 penyokong.

Ini merupakan kali kedua dalam tempoh enam minggu PSG terbabit dalam perlawanan akhir yang berubah menjadi aksi berat sebelah.

Sebelum ini mereka membelasah Inter Milan 5-0 pada final Liga Juara-Juara, namun kali ini mereka pula dibelasah oleh Chelsea dalam cuaca panas.

 

Penyerang Chelsea, Joao Pedro (kiri) menyungkit bola melepasi penjaga gol PSG, Gianluigi Donnarumma bagi menyumbat masuk gol ketiga. – Foto REUTERS
Penyerang Chelsea, Joao Pedro (kiri) menyungkit bola melepasi penjaga gol PSG, Gianluigi Donnarumma bagi menyumbat masuk gol ketiga. – Foto REUTERS

 

Pengurus Chelsea, Enzo Maresca menjulang trofi kejuaraan Piala Dunia Kelab FIFA. – Foto REUTERS
Pengurus Chelsea, Enzo Maresca menjulang trofi kejuaraan Piala Dunia Kelab FIFA. – Foto REUTERS

 

Palmer hampir membuka jaringan buat Chelsea dalam 10 minit pertama, namun PSG juga mempunyai peluang apabila Desire Doue memilih untuk menghantar bola kepada Achraf Hakimi berbanding membuat percubaan sendiri di dalam kotak penalti – memberikan peluang kepada Cucurella untuk membuat hadangan.

Chelsea akhirnya membuka tirai jaringan pada minit ke-22 apabila Malo Gusto melepasi Nuno Mendes di sebelah kanan, sebelum percubaannya dihalang Lucas Beraldo.

Bola kembali melantun kepada Gusto, yang kemudiannya menghantar bola kepada Palmer untuk disudahkan ke penjuru kiri bawah gawang.

Palmer menjadi wajah utama Chelsea di papan iklan sepanjang kejohanan ini di Amerika Syarikat dan dia membuktikan statusnya sebagai pemain bintang apabila sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-30.

Selepas menyelinap di sebelah kanan dengan Mendes tidak berada di posisi, Palmer mara ke dalam kotak penalti sebelum menyudahkan bola leret ke penjuru yang sama seperti gol pertama.

 

Cole Palmer (kiri) meraikan bersama Tosin Adarabioyo selepas memenangi final Piala Dunia Kelab FIFA. – Foto REUTERS
Cole Palmer (kiri) meraikan bersama Tosin Adarabioyo selepas memenangi final Piala Dunia Kelab FIFA. – Foto REUTERS

Pemain PSG, Ousmane Dembele, Senny Mayulu, Bradley Barcola, Lee Kang In dan Achraf Hakimi kelihatan muram selepas perlawanan. – Foto REUTERS
Pemain PSG, Ousmane Dembele, Senny Mayulu, Bradley Barcola, Lee Kang In dan Achraf Hakimi kelihatan muram selepas perlawanan. – Foto REUTERS

 

Pedro, yang turut terbabit dalam gol kedua, menambah nama sebagai penjaring bagi gol ketiga – pemain Brazil yang baharu ditandatangani dari Brighton itu menyudahkan peluang dengan tenang menewaskan Gianluigi Donnarumma selepas menerima hantaran Palmer.

PSG sebelum ini hanya bolos satu gol dalam lapan perlawanan terakhir mereka, namun kali ini mereka gagal bangkit walaupun Neves sempat membuat tandukan yang sedikit tersasar pada masa kecederaan babak pertama.

Pemain gantian Liam Delap hampir menambah gol keempat buat Chelsea pada pertengahan separuh masa kedua, sebelum Neves dilayangkan kad merah untuk menamatkan hari penuh malang buat PSG.

Sumber – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

PSM Tuntut Istaf Ambil Tindakan Keras Terhadap Thailand

0
PERSEKUTUAN Sepaktakraw Malaysia (PSM) menggesa tindakan tegas dikenakan terhadap Thailand susulan insiden meninggalkan gelanggang ketika final acara berpasukan pada Piala Dunia Sepak Takraw 2026...

CATEGORIES