Monday, November 9, 2026
HomeLUAR NEGARATrump Lanjut Penutupan TikTok 90 Hari Lagi

Trump Lanjut Penutupan TikTok 90 Hari Lagi

WASHINGTON – Presiden Donald Trump mengumumkan semalam bahawa beliau memberikan TikTok tambahan 90 hari untuk mencari pembeli bukan China atau platform media sosial itu akan diharamkan di Amerika Syarikat (AS).

“Saya baru sahaja menandatangani perintah eksekutif melanjutkan tarikh akhir  penutupan TikTok selama 90 hari (17 September 2025),” kata Trump di platform Truth Socialnya, menangguhkan larangan itu buat kali ketiga.

Undang-undang persekutuan berhubung  penjualan atau pengharaman TikTok atas alasan keselamatan negara berkuat kuasa sehari sebelum pelantikan Trump pada Januari lalu.

Trump berkata, beliau gemar aplikasi perkongsian video pendek itu dan sangat bergantung pada media sosial semasa kempen pilihan raya 2024.

“TikTok mempunyai tempat di dalam hati saya

“Jika ia memerlukan lanjutan, saya bersedia memberikannya lanjutan,” kata Trump dalam wawancara bersama saluran berita NBC News, awal Mei lalu.

Dalam pada itu, TikTok mengalu-alukan keputusan Trump.

“Kami berterima kasih atas kepimpinan dan sokongan Presiden Trump dalam memastikan TikTok terus tersedia untuk lebih daripada 170 juta pengguna Amerika,” kata platform itu dalam satu kenyataan.

Trump mengumumkan penangguhan awal selama 75 hari apabila mengambil alih teraju pemerintahan, manakala lanjutan kedua berakhir semalam.

Sumber – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Cukup Cergas Untuk Lari Maraton, Tetapi Adakah Jantung Anda Benar-Benar Sihat?

0
PUTRAJAYA – Ramai individu sanggup menghabiskan masa berbulan-bulan untuk membuat persediaan sebelum menyertai maraton, termasuk mengikuti jadual latihan, meningkatkan jarak larian dan menjaga pemakanan. Namun,...

CATEGORIES