Friday, May 1, 2026
HomeTRAVELNak Bercuti Ala-Ala Eropah Dan Murah? Jom Ke Macao!

Nak Bercuti Ala-Ala Eropah Dan Murah? Jom Ke Macao!

Bila bercerita pasal Macao, pasti ramai yang tahu kisah sejarah dulunya pernah dijajah Portugal dan negara ini berkembang sebagai pusat perdagangan antara Timur dan Barat, termasuk perdagangan rempah-rempah, tekstil, dan seni. 

Di era moden ini, Macao telah pesat dengan berbagai industri seperti tekstil, elektronik dan mainan, serta terkenal dengan hotel dan bangunan bertaraf 5 bintang dan pelbagai lagi tarikan pelancong dari seluruh dunia.

The Londoner, Estrada da Baia de Nossa Senhora da Esperança, Macao

Macao bukan sekadar sebuah destinasi percutian, ia adalah pentas kepada pelbagai keajaiban dunia dalam satu lokasi. Bandar ini cukup popular dengan keanggunan suasana kota London di The Londoner Macao. Kalau boleh datang masa waktu malam baru rasa ‘vibe’ di negara Eropah dengan lampu dan bangunan bersejarah yang ada dekat sini.

The Londoner, Estrada da Baia de Nossa Senhora da Esperança, Macao

Bukan sahaja bangunan di sini ala-ala United Kingdom, malah di sini turut ada replika Big Ben, The Crystal Palace dan persembahan ‘The Changing of Guard’ seperti istiadat pengawal di Buckingham Palace. Dekat sini juga ada pusat membeli belah yang mewah dan berjenama dari seluruh dunia!

Bukan saja ke dapat rasai ke London, malah anda juga boleh juga ke Menara Eiffel di Macao. Ia merupakan replika ikonik Menara Eiffel yang terletak di Paris, Perancis. Terletak di kawasan The Parisian Macao, menara ini menjadi salah satu tarikan utama di Cotai Strip, Macao.

Dengan ketinggian kira-kira separuh daripada menara asal di Paris, struktur ini dibina dengan reka bentuk yang hampir serupa, lengkap dengan dek pemerhatian yang menawarkan pemandangan menakjubkan bandar Macao.

Ia melambangkan gabungan budaya Eropah dan daya tarikan moden Asia, menjadikannya destinasi popular untuk pelancong yang ingin merasai suasana romantis Paris tanpa perlu ke Eropah.

Tidak lengkap perjalanan ke Macao tanpa mengunjungi Macao Tower, ianya merupakan salah satu mercu tanda ikonik di Macau yang berdiri megah setinggi 338 meter. Menara ini bukan sahaja menawarkan pemandangan panorama yang menakjubkan, malah juga menjadi simbol kemodenan dan kemajuan bandar tersebut.

Macao Tower Convention and Entertainment Center

Dari atas menara, pengunjung dapat melihat keindahan bandar Macao, Laut China Selatan, dan juga sebahagian kawasan Zhuhai di tanah besar China. Rekaan moden serta kemudahan yang lengkap menjadikan Macao Tower destinasi wajib dikunjungi oleh pelancong tempatan dan antarabangsa.

Macao Tower Skywalk

Selain menikmati pemandangan, Macao Tower juga terkenal dengan aktiviti bungee jump, yang merupakan antara terjun bebas tertinggi di dunia dari bangunan. Bagi mereka yang kurang gemar aktiviti ekstrem, terdapat juga Skywalk, di mana pengunjung boleh berjalan mengelilingi menara di luar bangunan tanpa pagar, hanya dengan memakai alat keselamatan khas. Selain itu, menara ini turut menempatkan restoran berputar, pusat membeli-belah, pawagam, dan dewan konvensyen.

Di malam hari, raikan keajaiban seni persembahan dengan menonton The House of Dancing Water, sebuah pertunjukan air bertaraf dunia yang menggabungkan akrobatik, tarian dan teknologi moden. Harga tiket persembahan ini dalam MYR375.77/seorang. Tapi, persembahan yang sangat berbaloi!

Persembahan ini direka oleh Pengarah Artistik Giuliano Peparini bersama Our Legacy Creations, pertunjukan terbaru menyaksikan hampir 300 artis dan kru dari lebih 30 negara, menyampaikan kisah epik penuh emosi melalui akrobatik berani, pencak silat udara dan adegan dramatik yang menggabungkan elemen Timur dan Barat.

The House of Dancing Water juga merupakan sebuah persembahan akuatik yang menampilkan gabungan air, lampu, bunyi, dan teknologi pentas canggih dalam sebuah arena 270° yang memuat hampir 2,000 penonton. Dengan kolam sebesar 3.7 juta gelen air, lebih besar daripada lima kolam Olimpik ini adalah produksi akuatik terbesar di dunia, menampilkan lebih 239 pancutan air setinggi 18 meter, 540 lampu pintar dan 32 silinder hidraulik.

Bagi peminat sejarah dan sukan permotoran, Macao Grand Prix Museum adalah tempat wajib dikunjungi. Di sini, pengunjung dapat mengenali sejarah perlumbaan jalanan ikonik yang berlangsung sejak tahun 1954.

Macao Grand Prix Museum, yang terletak di Sé, Macao, ialah sebuah muzium bertaraf dunia yang didedikasikan kepada sejarah dan kegemilangan acara lumba jalanan Macao Grand Prix sejak 1954. Usaha pengubahsuaian pada tahun 2021 membesarkan muzium ini enam kali ganda kepada 16,000 m², lengkap dengan teknologi hijau (panel solar, sijil LEED), empat tingkat pameran dan interaktif multimedia yang imersif.

Pengunjung dapat melihat kereta F3 ikonik, motosikal legenda, simulator lumba (termasuk MotoVR dan F3 simulator), bilik pit, kawalan perlumbaan, wax figure pelumba terkenal seperti Ayrton Senna dan Lewis Hamilton hasil kolaborasi dengan Madame Tussauds Hong Kong, serta pengalaman realiti maya yang membawa rasa ‘race day’ sebenar.


Harga tiket dalam lebih kurang RM43/Seorang memberikan peluang menikmati lawatan serta aktiviti selama kira-kira dua jam, sesuai untuk peminat sukan permotoran!

Lagi satu, jangan lepaskan peluang menyaksikan 2049 Macao Show, sebuah persembahan futuristik yang membawa penonton merentasi masa dan imaginasi, menjadikan Macao destinasi pelancongan yang benar-benar luar biasa.


Pertunjukan Macao 2049 di MGM COTAI merupakan produksi mewah yang diarahkan oleh Zhang Yimou, menggabungkan teknologi canggih dan seni budaya Cina dalam sebuah pengalaman teater futuristik yang berdurasi sekitar 80 minit.

Harga tiketnya bermula dari MOP 288 hingga MOP 888, bersamaan kira‑kira RM 170, RM 288, RM 406, dan RM 524 mengikut kategori tempat duduk masing‑masing, menjadikan ia pilihan menarik bagi mereka yang ingin merasai keunikan penggabungan warisan tradisional dan inovasi moden di Macao.

Dipersembahkan melalui lapan babak unik, penonton akan dibawa menyelusuri pelbagai seni warisan tak ketara — termasuk Hua’er, Khoomei (nyanyian tekak Mongolia), tarian Miao, Opera Beijing, tarian Hongge, tarian singa dan penceritaan Shaanxi — semuanya disulam dengan elemen futuristik seperti lengan robotik, cermin kinetik, laser, dan belon biotik berbentuk ikan laut yang terbang.

Acara ini menandakan gabungan sempurna antara tradisi dan inovasi, mencerminkan hala tuju budaya moden dan teknologi di Macao serta memberi impak mendalam terhadap landskap hiburan dan identiti kebudayaan wilayah tersebut.

Kini, Airasia menyediakan kemudahan penerbangan terus ke Macao tanpa perlu transit! Denga harga yang lebih berpatutan dan mudah dengan Airasia. Jom tempah tiket di airasia.com atau melalui aplikasi Airasia Move dan nikmati promosi istimewa ke Macao!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Biar Mereka Yang Berbakat’ – Amira Othman Bersara Berlakon

0
KUALA LUMPUR – Atas alasan mahu fokus terhadap kerjaya nyanyian dan keluarga, penyanyi Amira Othman membuat pengumuman mahu berundur daripada arena lakonan. Begitupun Amira atau...

CATEGORIES