Monday, June 22, 2026
HomeHIBURAN'Konsert Dadali Sebuah Kisah', Bukti Cinta dan Setia Peminat Malaysia

‘Konsert Dadali Sebuah Kisah’, Bukti Cinta dan Setia Peminat Malaysia

KUALA LUMPUR – Kumpulan pop balada terkenal dari Indonesia, Dadali, bakal menghangatkan pentas Kuala Lumpur menerusi Konsert Dadali Sebuah Kisah Live In Kuala Lumpur yang dijadual berlangsung pada 5 Julai ini. Konsert yang dinantikan ramai itu akan menjadi momen ikonik buat kumpulan yang digelar King of Sad Song ini setelah hampir sedekad tidak tampil dalam konsert berskala besar di Malaysia.

“Ketika menyertai sebuah rancangan realiti nyanyian di Malaysia tahun lepas, saya mendapati lagu-lagu Dadali masih popular kerana dinyanyikan oleh peminat di sini,” kata vokalis utama kumpulan tersebut, Dyrga atau nama sebenarnya Octa Dyrga Nala Prana, 43, ketika ditemui dalam sidang media konsert yang berlangsung di ibu negara baru-baru ini.

“Sepertinya Dadali patut serta layak untuk melakukan konsert di sini dan akhirnya doa kami termakbul.”

Dadali yang dianggotai oleh Dyrga (vokalis), Boim (gitaris), Dendi (keyboard), Hendi (bass), Obot (dram), dan Rickarjd (gitaris melodi), bakal mempersembahkan lebih 20 lagu dalam konsert berdurasi hampir dua jam itu. Lagu-lagu hits mereka seperti Di Saat Aku Mencintaimu, Di Saat Aku Tersakiti, dan Di Saat Patah Hati pasti akan menggamit nostalgia peminat yang mengikuti perjalanan muzik mereka sejak awal kemunculan.

“Lebih istimewa sebagai penghargaan kepada penyanyi Malaysia kami akan turut mendendangkan beberapa lagu popular Malaysia ciptaan Datuk M.Nasir.”

Selain itu, mereka turut menjemput penyanyi terkenal Malaysia, Ronnie Hussein, untuk memeriahkan lagi malam konsert yang penuh emosi itu.

Konsert ini bukan sekadar persembahan semata-mata, malah dilihat sebagai satu pengiktirafan terhadap sumbangan Dadali dalam landskap muzik serantau, khususnya muzik galau yang cukup dekat di hati peminat Malaysia.

“Ini adalah pembuktian bahawa kami pernah ada sumbangan besar dalam muzik Nusantara. Kami tidak akan sia-siakan momentum ini,” ujar Dyrga lagi, yang pernah mencuri tumpuan rakyat Malaysia selepas kemunculannya dalam program Gegar Vaganza tahun lalu.

Bagi peminat yang ingin menyaksikan persembahan secara langsung, tiket boleh didapati menerusi laman web myticketempire.com dengan harga bermula daripada RM188 hingga RM588. Menariknya, pembelian tiket juga boleh dilakukan secara ansuran menerusi Atome, SPayLater, dan Grab PayLater, sekali gus memudahkan peminat merancang bajet tanpa beban.

Konsert ini merupakan anjuran Ultimate Teamworks Malaysia, Ultimate Media dan BIZCreations, dengan sokongan penuh daripada Tourism Malaysia sebagai sebahagian inisiatif kempen Visit Malaysia 2026. Ia juga dilihat sebagai satu usaha menyatukan muzik dan pelancongan, selain membuka peluang kepada peminat luar negara untuk turut serta menyaksikan kebangkitan semula Dadali di pentas Malaysia.

Dengan konsep galau yang menjadi kekuatan mereka, Konsert Dadali Sebuah Kisah bukan hanya menjanjikan hiburan, tetapi menjadi simbolik sebuah perjalanan muzik yang menyentuh hati, satu kisah, satu pembuktian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kapal Tangki Belayar Bebas Di Selat Hormuz

0
WASHINGTON – Amerika Syarikat(AS) menarik balik sekatan ke atas pelabuhan Iran semalam, menyaksikan kapal-kapal  tangki mula bergerak bebas melalui Selat Hormuz setelah berbulan-bulan tidak...

CATEGORIES