Tuesday, August 18, 2026
HomeBERITAPencarian Budak Autisme Hilang Diteruskan di Sungai Tamparuli

Pencarian Budak Autisme Hilang Diteruskan di Sungai Tamparuli

TUARAN – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak autisme yang hilang pada Ahad, diteruskan dengan pembahagian dua sektor pencarian iaitu di kawasan darat dan Sungai Tamparuli di Kampung Bahagia II, di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohamad Nor Amit berkata, SAR memasuki hari kedua turut melibatkan penggunaan bot untuk menyusuri sungai berhampiran lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Pagi ini, ektor pencarian kita tidak dapat perluaskan kerana kawasan tersebut memang kecil dikelilingi hutan belukar dan kebun-kebun.

“Namun tengah hari nanti jika belum ada petanda, mungkin kita perluaskan juga kawasan pencarian. Tetapi hari ini kami juga turunkan bot untuk menyusuri sepanjang sungai berkenaan bagi mencari kanak-kanak tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Sebelum itu, kanak-kanak dikenali sebagai Muhd Aniq berusia lima tahun menghidap autisme disedari hilang oleh ahli keluarganya apabila tidak ditemui di dalam rumah.

Pencarian di sekeliling rumah hanya menemui anak patungnya yang berada di luar dan usaha mencari diteruskan dengan melaporkan kepada pasukan keselamatan.

Pencarian tersebut turut dilakukan dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) namun tidak berhasil sebelum SAR ditangguhkan dan disambung pada Isnin.

Sumber – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Mahu Tahu Lagu Boleh ‘Hit’ Atau Tidak, Bagi Orang Luar Dengar...

0
SHAH ALAM: Maestro muzik, Datuk Ramli MS berkongsi petua untuk mengetahui sama ada sesebuah lagu mempunyai kualiti untuk menjadi ‘hit’ atau sebaliknya, adalah dengan...

CATEGORIES