Saturday, October 3, 2026
HomeHIBURANBlood Brothers : Bara Naga, Syafiq Yusof Harap Peminat Tidak Rakam Dan Viralkan

Blood Brothers : Bara Naga, Syafiq Yusof Harap Peminat Tidak Rakam Dan Viralkan

Pengarah Blood Brothers: Bara Naga, Syafiq Yusof, baru-baru ini memberi peringatan keras kepada penonton agar tidak merakam sebarang babak dari filem ini dan memuat naiknya ke media sosial.

Sejak filem ini ditayangkan di pawagam pada 10 April lalu, beberapa babak telah pun tersebar di platform tersebut, sekaligus melanggar hak cipta dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Mohon jangan rakam video dan muat naik di TikTok,” kata Syafiq.

Bukan tu sahaja, Syafiq juga mengingatkan bahawa ibu bapa tidak membawa anak bawah umur untuk menyaksikan filem ini.

“Perhatian kepada ibu-ibu dan bapa-bapa. Filem Blood Brothers hanyalah untuk tontonan 16 tahun ke atas sahaja. Di poster, di aplikasi, di kiosk pawagam dan di tiket juga sudah tertulis klasifikasi 16,” tegurnya.

Antara babak dalam filem Blood Brothers: Bara Naga.
Antara babak dalam filem Blood Brothers: Bara Naga.

Terdahulu, ada penonton yang luah rasa kecewa sebab masih ada ibu bapa yang membawa anak kecil masuk wayang, walaupun jelas dengan klasifikasi umur yang dinyatakan.

Walaupun berdepan isu tersebut, Blood Brothers: Bara Naga tetap meletup di pawagam. Dalam tempoh tiga hari tayangan awal sahaja, filem ini berjaya mencatat kutipan sebanyak RM21 juta, menjadikannya antara filem tempatan yang mencatat kutipan tertinggi dalam masa singkat.

Filem ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Sharnaaz Ahmad, Shukri Yahaya, Syazwan Zulkifly, Amelia Henderson, Datuk Rosyam Nor, Wan Hanafi Su, dan ramai lagi.

Dari segi produksi, filem ini menampilkan gabungan elemen aksi, drama dan konflik psikologi, dengan sinematografi yang gelap dan gritty, menggambarkan dunia gelap sindiket jenayah yang penuh pengkhianatan.

Kisahnya mengisahkan Ariff (Syafiq Kyle), seorang lelaki muda yang direkrut oleh Ghaz (Sharnaaz Ahmad) untuk berkhidmat di bawah Datuk Zul (Wan Hanafi Su), seorang ahli perniagaan yang juga merupakan ketua sindiket Mafia Naga. Namun, apabila Ariff dituduh sebagai pengkhianat, Ghaz sendiri diarahkan untuk memburunya dan membawanya ke hadapan keluarga Naga yang menuntut pembalasan.

Menariknya, Blood Brothers: Bara Naga juga merupakan sebahagian daripada universe filem aksi arahan Syafiq Yusof, yang turut merangkumi filem seperti Abang Long Fadil dan Polis Evo, menjadikannya antara pengarah yang konsisten membawa naratif aksi berkualiti tinggi dalam industri filem tempatan.

Kepada yang belum menonton filem Blood Brothers ni boleh rebut peluang untuk menang tiket percuma dengan sertai kuiz menarik kami di Instagram Medialah sekarang!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Pasukan Konten DSV Sekadar Bergurau, Kami Belum Bertunang’ – Fazley

0
PETALING JAYA – Heboh didakwa sudah ada ikatan rasmi, bahkan dituduh sebilangan netizen sudah berkahwin senyap-senyap, penyanyi juga cef selebriti Datuk Fazley Yaakob menafikan...

CATEGORIES