Thursday, November 12, 2026
HomeSUKANPenyokong Sendiri Punca Chelsea Bolos

Penyokong Sendiri Punca Chelsea Bolos

LONDON – Chelsea memilih jalan sukar dalam memburu kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan selepas sekadar seri 2-2 menentang Ipswich Town pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge malam kelmarin.

Walaupun memulakan perlawanan dengan aksi penuh dominan dalam tempoh 20 minit pertama, namun The Blues menerima kejutan apabila ketinggalan 0-2 di separuh masa pertama menerusi jaringan Julio Enciso dan Ben Johnson.

Bagaimanapun, aksi lebih kemas di separuh masa kedua membolehkan Chelsea kembali menyamakan kedudukan hasil gol sendiri Axel Tuanzebe serta jaringan menarik pemain sayap, Jadon Sancho.

Pengurus Chelsea, Enzo Maresca seolah-olah melancarkan ‘perang’ terhadap penyokong sendiri apabila menyifatkan dua gol dijaringkan Ipswich berpunca daripada tekanan yang diberikan penonton.

“Kami merupakan pasukan yang sentiasa menerapkan hantaran pendek dari bawah dan gol kedua Ipswich terhasil selepas pemain mengambil keputusan untuk melakukan hantaran jauh yang kemudiannya dimanfaatkan pasukan lawan.

“Apabila melakukan hantaran panjang seperti itu, tidak semestinya anda akan mengawal perlawanan. Terpulang kepada penonton untuk membuat keputusan (menyokong atau mencemuh) ketika pasukan ketinggalan,” katanya.

Pentas UCL tampak sukar buat Chelsea apabila menghuni tangga keenam ketika ini dengan baki perlawanan bakal mempertemukan mereka dengan pasukan-pasukan terbaik seperti Manchester United, Liverpool dan Nottingham Forest.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

5 Jambatan Unik Di Dunia, Salah Satunya Terletak Di Langkawi

0
KUALA LUMPUR – Jambatan bukan sekadar menjadi laluan penghubung antara dua kawasan, malah ada yang dibina dengan seni bina luar biasa sehingga menjadi tarikan...

CATEGORIES