Tuesday, October 27, 2026
HomeBERITAKhazanah Batal Majlis Rumah Terbuka Susulan Pemergian Tun Abdullah

Khazanah Batal Majlis Rumah Terbuka Susulan Pemergian Tun Abdullah

KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Bhd membatalkan acara Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2025 syarikat itu yang dijadualkan hari ini sebagai menghormati pemergian mantan Perdana Menteri kelima dan bekas Pengerusinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam kenyataannya, syarikat pelaburan strategik berkaitan kerajaan itu berkata, majlis itu sepatutnya diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

“Ketika negara berkabung atas pemergian Tun Abdullah, kami turut berdukacita dan ingin memaklumkan bahawa Rumah Terbuka Hari Raya 2025 Khazanah telah dibatalkan.

“Doa kami mengiringi Tun Abdullah selain ucapan takziah untuk keluarga Allahyarham,” katanya.

Abdullah yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri bagi tempoh 2003 hingga 2009, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) jam 7.10 malam semalam pada usia 85 tahun.

Sumber – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tidak Pernah Ada Cerita Suami Hancur Kerana Memuliakan Isteri’ – Eira...

0
PETALING JAYA – Pelakon Eira Syazira menegaskan suami isteri harus mengutamakan kejujuran dalam setiap perkara, termasuk hal kecil kerana perbuatan menyembunyikan sesuatu daripada pasangan...

CATEGORIES