Sunday, May 17, 2026
HomePOLITIKHormati Pemimpin Walau Berbeza Pandangan

Hormati Pemimpin Walau Berbeza Pandangan

Kuala Lumpur: Perbezaan ideologi bukan alasan untuk menjatuhkan mana-mana pihak menggunakan sentimen agama kerana tindakan itu boleh menjatuhkan maruah. 

Masyarakat majmuk seharusnya bersama memurnikan sikap saling hormat menghormati lebih lagi terhadap pemimpin. 

Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, perbezaan ideologi politik memang perkara biasa dalam sistem demokrasi. 

Namun, katanya ia sepatutnya jadi ruang untuk berbahas secara sihat, bukan medan untuk menghina atau merendah-rendahkan pihak lain.

“Tadbir urus negara melibatkan tanggung jawab besar. Jika tidak setuju dengan dasar atau keputusan, lebih baik suarakan pendapat dengan hujah yang matang dan beradab. 

“Bukannya dengan cercaan atau memberi komen, berbicara dan menyampaikan maklumat salah serta mengaibkan pemimpin,” katanya. 

Sikap saling hormat menghormati lebih lagi terhadap pemimpin perlu diterapkan dalam kalangan masyarakat. 

Selain itu, jelasnya negara demokrasi memberi kebebasan untuk rakyat memilih apa saja parti masyarakat ingin dan minat. 

Katanya, masyarakat juga diberi juga hak mengundi apabila sampai masa dan seharusnya berhati-hati dalam menerima apa jua bentuk maklumat yang tidak sahih. 

“Namun perbezaan ideologi politik tak boleh menjadi diri manusia tidak beradab atau berakhlak. 

“Masyarakat perlu tabayyun sebelum buat sebarang ketetapan supaya tidak menjadi penyebar fitnah. 

“Ingat bahawa akhlak sesama Muslim perlu dipelihara dan tidak boleh sama sekali menjatuh pihak lain menerusi aib dan fitnah hanya kerana perbezaan ideologi politik,” jelasnya.

Beliau juga berkata umat Islam diajar untuk beradab dan berakhlak dengan semua pihak terutama pemimpin sesebuah negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sindiket Scam Antarabangsa Tumpas, Rampasan RM57.68 Juta

0
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sindiket penipuan dalam talian antarabangsa yang beroperasi di kondominium mewah sekitar Lembah Klang dengan penahanan 187...

CATEGORIES