ARA DAMANSARA, 14 Mac 2025 – BYD Sime Motors, pengedar rasmi kereta BYD di Malaysia, hari ini melancarkan BYD ATTO 3 ULTRA, menawarkan spesifikasi dinaik taraf bagi Kenderaan Elektrik (EV) terlaris No.1 negara.
Dijual pada harga RM123,800, BYD ATTO 3 ULTRA mengekalkan daya saingnya dalam segmen SUV elektrik. Penetapan harga strategik ini membolehkan lebih ramai orang menikmati kelebihan pengangkutan elektrik canggih sambil menekankan komitmen BYD dan Sime Motors untuk mempercepatkan penggunaan EV di Malaysia melalui tawaran produk yang menyeluruh pada harga yang kompetitif.
Jeffrey Gan, Pengarah Urusan, Asia Tenggara, Sime Motors, mengulas: “BYD ATTO 3 telah mengubah persekitaran EV Malaysia, menjadikan pengangkutan elektrik lebih mudah didapati dan praktikal. Dengan rekod prestasi kukuh sebagai EV terlaris di Malaysia dan pakej naik taraf yang ditawarkan, kami yakin bahawa BYD ATTO 3 ULTRA akan kekal sebagai pilihan utama dalam kalangan pembeli EV. Sebagai pengedar rasmi kereta BYD di Malaysia, kami berbangga untuk menawarkan kenderaan dengan jualan dan sokongan selepas jualan yang cemerlang. Untuk terus menambah baik pengalaman pemilikan, kami memperkenalkan Pakej Servis Percuma 8 Tahun yang istimewa, dilengkapi dengan jaminan komprehensif. Pemilik BYD boleh menggunakan kenderaan mereka dengan yakin dan tenang, tanpa sebarang kerumitan, berkat sokongan rangkaian luas 21 Pusat 3S BYD di seluruh Malaysia.”
Eagle Zhao, Pengarah Urusan BYD Malaysia, menambah: “BYD komited untuk membawakan teknologi EV bertaraf dunia kepada pelanggan Malaysia. BYD ATTO 3 mempunyai rekod kebolehpercayaan yang terbukti dengan lebih 6,300 unit dijual di Malaysia sahaja, dan lebih 950,000 unit yang dijual di seluruh dunia, sesungguhnya memaparkan daya tarikan dan tahap kebolehpercayaannya di hati pelanggan. Semua maklum balas pelanggan kepada kami amat dihargai dan ditangani dengan teliti. Hakikat ini dapat dilihat daripada kadar aduan kami yang sangat rendah, iaitu kami menerima tuntutan bateri voltan tinggi yang rendah, sekali gus mencerminkan kualiti dan daya tahan teknologi bateri canggih kami.”
Kejayaan Jenama Terlaris No. 1
Sejak diperkenalkan, BYD ATTO 3 telah menerajui pasaran EV Malaysia, menetapkan penanda aras sebagai EV terlaris dalam industri. Dengan lebih 6,300 unit yang telah dijual di Malaysia dan angka jualan yang semakin bertambah, BYD ATTO 3 kekal sebagai model EV terlaris selama dua tahun berturut-turut, menunjukkan tahap kebolehpercayaan, prestasi dan teknologi serba majunya. Di peringkat global, lebih 950,000 unit telah dijual di 116 negara, membuktikan daya tahan dan prestasinya dalam pelbagai keadaan jalan berdasarkan penggunaan sebenar pelanggan.
Rekod Kebolehpercayaan Terbukti
Kelebihan utama BYD ATTO 3 terletak pada teknologi Blade Battery (Bateri Bilah) yang sangat selamat. Dengan program waranti kenderaan dan bateri voltan tinggi yang mantap, BYD terus diyakini para pelanggan di Malaysia. Berdasarkan pemilikan BYD ATTO 3 Malaysia, kadar tuntutan waranti bateri voltan tinggi adalah lebih rendah daripada 0.3%, mencerminkan tahap kebolehpercayaan dan jangka hayat bateri yang luar biasa. Selain itu, data daripada pemandu BYD ATTO 3 jangka panjang di Malaysia membuktikan lagi daya tahannya, dengan pemilik yang sudah mencapai jarak perjalanan 80,000km melaporkan keadaan bateri yang masih konsisten.
Sokongan Selepas Jualan Menyeluruh
BYD Sime Motors memastikan pengalaman pemilikan yang serba lancar dengan sokongan selepas jualan yang kukuh:
Menurut Encik Tee, pemilik BYD ATTO 3 sejak 2022, “Saya kagum dengan daya tahan kenderaan ini kerana saya telah memandu BYD ATTO 3 sejauh 100,000 km dan kos penyelenggaraan lebih murah daripada kereta petrol! BYD ATTO 3 sememangnya sebuah model EV yang boleh diselenggarakan dan seronok dipandu, menyenangkan tanpa sebarang kerumitan!”
Ciri-ciri Utama BYD ATTO 3 ULTRA yang Dinaik Taraf:
Spesifikasi BYD ATTO 3 ULTRA
|
Spesifikasi |
BYD ATTO 3 ULTRA |
|
0-100 km/j |
7.3 saat |
|
Jarak Pemanduan (NEDC) |
480 km |
|
Kuasa Maksimum (kW) |
150 |
|
Tork Maksimum (Nm) |
310 |
|
Kapasiti Bateri (kWj) |
60.48 |
|
Jisim Kenderaan Kasar (kg) |
2,160 |
|
Pilihan Warna Luar |
Ski White (Putih) Harbour Grey (Kelabu) Cosmos Black (Hitam) |
|
Warna Dalam |
Tempat duduk hitam dengan jahitan kuning |
Pakej Pelancaran ULTRA untuk 1,000 Pelanggan Pertama
Untuk menawarkan nilai yang lebih hebat, BYD Sime Motors akan melaksanakan promosi pembeli awal eksklusif untuk 1,000 pelanggan pertama BYD ATTO 3 ULTRA. Promosi pembeli awal unik ini merupakan pakej yang dirangka dengan teliti untuk memberikan penjimatan maksimum dan manfaat jangka panjang kepada pelanggan.
BYD ATTO 3 ULTRA – Pakej Pelancaran ULTRA:
Dengan liputan waranti yang luas, pelanggan boleh menikmati pengalaman memandu dengan fikiran yang tenang.
Selain daripada pakej eksklusif, pelanggan juga mempunyai pilihan untuk membeli pakej Service Plus, yang menawarkan manfaat tambahan seperti penggiliran, penjajaran dan pengimbangan tayar, bersama penggantian bateri 12V tahunan.
Tempah BYD ATTO 3 ULTRA Anda Hari Ini!
Pelanggan yang berminat kini boleh membuat tempahan di mana-mana bilik pameran BYD di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, layari https://byd.simemotors.my/ atau ikuti www.facebook.com/BYDCarsMalaysia atau www.instagram.com/bydcarsmalaysia/. Untuk pertanyaan, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan di 1300-38-1888.





