Wednesday, July 29, 2026
HomeBERITADua Maut, 7 Cedera Mesin Proses Getah Meletup

Dua Maut, 7 Cedera Mesin Proses Getah Meletup

TANGKAK – Dua pekerja maut manakala tujuh lagi cedera selepas sebuah mesin meletup di sebuah kilang pemprosesan getah di sini, pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 2 petang.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika dua pekerja sedang melakukan kerja penyelenggaraan ke atas lima mesin yang sedang beroperasi.

“Salah satu daripada mesin itu tiba-tiba meletup, menyebabkan sembilan pekerja mengalami kecederaan parah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa pertama seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 40-an dikejarkan ke Hospital Tangkak dan disahkan meninggal dunia.

Manakala, mangsa kedua lelaki tempatan berusia lingkungan 50-an dibawa ke Hospital Muar sebelum disahkan meninggal dunia.

“Tujuh lagi mangsa masih menerima rawatan di Zon Merah, Hospital Muar.

“Daripada jumlah mangsa, enam mangsa merupakan lelaki warga tempatan, manakala selebihnya terdiri daripada seorang lelaki warga Bangladesh, seorang warga Nepal dan seorang warga Myanmar,” katanya.

Roslan berkata, proses bedah siasat dijalankan pagi Selasa dan siasatan diteruskan mengikut kes laporan mati mengejut.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan atau menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Malaysia Utamakan Kenaikan gaji rakyat sebelum luaskan Asas Cukai – Akmal...

0
PUTRAJAYA - Keutamaan segera Malaysia pada masa ini adalah meningkatkan pendapatan rakyat dan mengatasi isu gaji struktur sebelum meluaskan asas cukai, kata Menteri Ekonomi,...

CATEGORIES