Thursday, October 22, 2026
HomeBERITAPemandu Myvi Maut Nahas Tiga Kenderaan

Pemandu Myvi Maut Nahas Tiga Kenderaan

SEGAMAT – Seorang lelaki yang memandu kereta Perodua Myvi maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Sungai Karas, Jalan Labis-Chaah di sini, pagi hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 7.10 pagi itu, mangsa, Mohd Nor Hirwan Bin Mazlan, 43, disahkan meninggal dunia selepas tersepit di tempat pemandu.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Hairishah Wahid berkata, kemalangan membabit tiga buah kenderaan iaitu Perodua Myvi, Proton Waja dan Toyota Cross.

Menurut, pemandu Proton Waja, R. Chandran, 48, mengalami kecederaan parah setelah tersepit di tempat duduk pemandu.

“Mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Pemandu Perodua Myvi, Mohd Nor Hirwan Mazlan juga tersepit di tempat duduk pemandu namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak KKM,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hairishah berkata, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, sementara itu, pemandu Toyota Cross, Yong Chee Moi, 53, terselamat dan tidak mengalami kecederaan.

Katanya, operasi tamat pada pukul 8.46 pagi selepas semua mangsa dikeluarkan dan lokasi kejadian diserahkan kepada pihak berkuasa.

Sumber -KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Noh Salleh Idam Duet Dengan Siti Nurhaliza Sekali Lagi, “Kalau Beliau...

0
PETALING JAYA – Penyanyi dan komposer Noh Salleh menyimpan hasrat mengundang Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk berduet dalam konsert Cadenza of the...

CATEGORIES