Sunday, October 4, 2026
HomeBERITABot Berlanggar, Dua Maut Terhumban Dalam Laut

Bot Berlanggar, Dua Maut Terhumban Dalam Laut

SEMPORNA – Dua lelaki maut apabila bot laju yang dinaiki berlanggar dengan sebuah bot pelancong dalam kejadian di perairan Kampung Balimbang, di sini pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.45 pagi itu, mangsa masing-masing berusia 45 dan 50 tahun ditemukan dalam keadaan sudah tidak bernyawa selepas pencarian dilakukan.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Mohd Sabri Zainol berkata, kejadian berlaku ketika bot pelancongan membawa 12 pelancong dalam perjalanan menuju ke Pulau Mabul.

“Dalam kejadian itu, berlaku perlanggaran antara dua bot tersebut dan menyebabkan bot laju yang dinaiki dua mangsa mengalami kerosakan teruk.

“Kejadian itu juga menyebabkan kedua-dua mangsa terhumban ke dalam laut dan dilaporkan hilang,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya lagi, susulan kejadian itu orang ramai segera melakukan pencarian mangsa yang hilang tersebut.

“Mangsa telah ditemukan tenggelam dan dalam keadaan sudah tidak bernyawa. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Semporna untuk tujuan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian,” katanya.

Mohd Sabri berkata, kertas siasatan berhubung kejadian itu telah dibuka di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

“Jika disabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Pasukan Konten DSV Sekadar Bergurau, Kami Belum Bertunang’ – Fazley

0
PETALING JAYA – Heboh didakwa sudah ada ikatan rasmi, bahkan dituduh sebilangan netizen sudah berkahwin senyap-senyap, penyanyi juga cef selebriti Datuk Fazley Yaakob menafikan...

CATEGORIES